Sunday, February 21, 2010

Semanis Kurma..

Hari ni tetiba teringat bhw dh lame sy tidak menonton rancangan kegemaran di tv9..program 'semanis kurma' yg dihostkan oleh pasangan suami isteri ,ustazah siti nurbaiyah dan suami..sy begitu tertarik dgn rancangan ini,begitu informative dan byk juga tips keluarga:), sambil2 melihat gelagat comel dan romantis pasangan bhagia tu,what a lovely couple..pada pandangan sy,sangat bagus diadakan rancangan sebegini sebagai suatu education utk masyarakat kita krn segala tarbiyah tu bermula dari rumah dan keluarga.didikan ibu bapa dan pengaruh suasana rumahtangga adalah antara faktor utama yg menentukan identiti seseorang..

Episod yang terbaru bertajuk ' anak derhaka'..i was just prepared for the very touching scene and experience it would be..and finally yes!!,,i can't even stop crying alone and start to miss my mum so badly :(..oh,kalau la malaysia tu dekat mcm uK..( UK is dekat in my definition here..not for others maybe..:))..terkadang tidak terfikir mcm mana anak2 boleh tergamak meninggalkan tanggungjawab mrk terhadap ibu bapa setelah mereka mendapat kesenangan, ssh nk paham jiwa manusia yg berada di dlm golongan 'kacang lupakan kulit'ini tp realitinya byk berlaku kes begitu..jauh dr sudut hati sy berdoa semoga kami adik beradik tidak akan mengabaikan ibu yg masih hidup..

Allah Ta'ala berfirman :
"Dan Tuhanmu telah menentukan supaya engkau semua jangan menyembah melainkan Dia dan supaya engkau semua berbuat baik kepada kedua orangtua. Dan kalau salah seorang di antara keduanya atau keduanya ada di sisimu sampai usia tua, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya dengan ucapan "cis", dan jangan pula engkau menggertak keduanya, tetapi ucapkanlah kepada keduanya itu ucapan yang mulia - penuh kehormatan.

"Dan turunkanlah sayap kerendahan - maksudnya: Rendahkanlah dirimu - terhadap kedua orangtuamu itu dengan kasih-sayang dan katakanlah: "Ya Tuhanku, kasihanilah kedua orang tuaku itu sebagaimana keduanya mengasihi aku di kala aku masih kecil." (al-lsra': 23-24)

Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Dan Kami - Allah - berwasiat kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan - yakni terus -menerus - dan ceraian susuannya dalam dua tahun. Hendaknya engkau bersyukur kepadaKu dan kepada kedua
orangtuamu." (Luqman: 14)


~semoga kita tergolong dikalangan org yg membuat ibu bapa kita menitiskan airmata kegembiraan dan bukannya air mata kecil hati..~







Sunday, February 14, 2010

Ar- Rumaisa' ..

Rumaisa' yang aku kenali, namanya tidak segah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, mahupun Fatimah Az-Zahrah. Namun, tokoh yang seorang inilah yang sering aku jadikan sebagai inspirasi.


Kisahnya terkenal sehingga ke umat hari ini. Namun, kebanyakannya kurang mengetahui, bahawa watak utama yang diceritakan adalah merupakan peribadi yang sama.


Dialah Ar-Rumaisa' binti Milhan, juga dikenali sebagai Ummu Sulaym.


Dia antara wanita Ansar pertama yang menerima Islam hasil dakwah yang disampaikan oleh Mus'ab bin Umair di Madinah, dan turut terlibat dalam Perjanjian Aqabah II. Malang sekali, keislamannya mengundang marah suami yang tercinta, Malik bin Nadhir. Keimanannya sama sekali bukan ikut ikutan, tapi berlandaskan kesedaran dan kefahaman. Lantas dia ditinggalkan suaminya bersama anaknya, Anas bin Malik, dan ditakdirkan pula suaminya mati dibunuh musuhnya.


Tidakkah rawan hati sang isteri, tatkala suami yang disayangi mati dalam keadaan kufur?


Namun, Ummu Sulaym punya hati yang tegar. Diasuh dan dibesarkan anaknya, Anas bin Malik sebaik mungkin. Sungguh, bukan calang-calang ibu semurni Ummu Sulaym. Anak kesayangannya diserahkan kepada Rasulullah, untuk berkhidmat sepenuh masa kepada baginda, dan kepada Islam. Anas dididik supaya menjaga rahsia Rasulullah, bahkan kepada ibunya sendiri. Nah, hasilnya terkesan sehingga ke hari ini, bilamana umat hari ini menerima beratus-ratus hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Masakan Anas mampu sehebat begitu, jika tidak kerana pengorbanan sang ibu?


Ummu Sulaym yang terkenal dengan peribadinya yang terpuji, mengundang pinangan daripada Abu Talhah, yang di waktu itu masih lagi kufur. Pinangan Abu Talhah, sukar ditolak. Masakan tidak, Abu Talhah adalah dari golongan bangsawan dan hartawan yang kacak, yang menjadi kegilaan sekalian wanita. Namun bukan itu yang menjadi neraca pertimbangan bagi Ummu Sulaym. Pinangan Abu Talhah dikenakan syarat, dan hanya akan diterima, apabila keislaman Abu Talhah menjadi mahar perkahwinan mereka. Subhanallah, mana lagi wanita di atas muka bumi ini empunya mahar 'termahal' seumpama Ummu Sulaym? Emas, perak dan harta, sama sekali tidak menjadi ukuran !


Bahtera perkahwinan mereka juga diuji Tuhan, tatkala zuriat tercinta jatuh sakit dan meninggal dunia, ketika Abu Talhah keluar berperang. Sekembalinya suaminya ke rumah, dilayaninya sebaik mungkin. Ummu Sulaym mendandan dirinya lebih cantik dari biasa, wangian dipakai, dan ditunaikan tanggungjawab sebagai sang isteri. Sehingga di akhir malam, barulah Ummu Sulaym bersuara,


" Wahai Abu Talhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum meminjamkan barang kepada satu keluarga kemudian satu ketika mereka mengambil semula barang tersebut,maka bolehkah bagi keluarga tersebut tidak mengizinkan?"


"Tentu saja tidak boleh." jawab Abu Talhah.


Ummu Sulaym berkata, " Sesungguhnya anakmu adalah pinjaman dari Allah, dan Allah telah mengambilnya kembali. Maka tabahkanlah hatimu dengan pemergian anakmu"


Amarah dan kesedihan Abu Talhah tidak terbendung. Keesokannya Rasulullah dicari dan diceritakan apa yang berlaku. Rasulullah bersabda, "Semoga Allah memberi barakah kepada malam kalian berdua." Dan dengan berkat doa itulah, Ummu Sulaym mengandung dan dikurniakan anak yang diberi nama Abdullah oleh Rasulullah.


Seorang sahabat meriwayatkan , "Aku melihat Abdullah mempunyai 7 orang anak, yang kesemua hafiz Al-Quran."


Ummu Sulaym, yang juga tinggi semangat jihadnya, turut sama menyertai Perang Uhud dan Ahzab. Bahkan tatkala beliau sarat mengandung, disisipnya pisau, yang diniatkan untuk membunuh musuh dan umat islam yang lari dari medan jihad !


Tuhan, bagaimana aku mampu menjadi sehebat wanita ini..?


Rumaisa' , peribadimu sungguh mulia. Seorang ibu yang mithali, juga isteri yang romantik dan tenang. Wanita yang begitu mengenal Rabbnya, dan memahami tanggungjawab sebagai muslimah sejati, yang berkorban apa saja demi agama. Rumaisa' , bukan calang-calang wanita, bahkan cemerlang di dalam sirahnya. Ah, andai peribadimu aku dan seluruh muslimah yang lain teladani, betapa rumahtangga kami adalah syurga, yang berpayungkan di bawah rahmatNya !


Andai..


Andai di zaman ini masih wujud lagi wanita solehah umpama Khadijah R.A, wanita secerdas Aisyah R.A, seorang wanita bersifat perwira seperti Nusaibah binti Kaab, seorang syahidah yang teguh imannya seteguh Sumayyah, dan juga daie berfikiran tajam dan berani, seumpama Ummu Sulaym..


Andai masih ada figur-figur sehebat mereka di akhir zaman ini, mungkinkah Islam kan tertegak kembali, dengan lahirnya pejuang-pejuang Islam dari rahim wanita-wanita seperti ini?


Ya Rabb, betapa aku ingin menjadi seperti mereka..


Monday, February 08, 2010

Airport oh airport..

bismillahirrahmaanirrahim..

assalamuaalaikum..

airport ke bus station?

ari ni perkara yg takut utk sy hadapi suatu masa dulu berulang lagi..iaitu sampai di airport utk pulang ke medan pelajaran di prague, suatu amanah yg terpikul yg harus sy laksanakan..mungkin krn sering menghadapi situasi ini perasaan takut utk menghadapinya sudah sedikit demi sedikit terhakis ,dh 'terimmune'..teringat suatu hari seorang rakan pernah berkata 'zilla, airport tu dh mcm bus station dah bg ko' ..sungguh benar! apa yg mereka lihat itu ,begitulah apa yg sy sendiri rasai. harga tiket flight tu mcm harga tiket bas dr KB ke KL je seolah2..malah, jika dihitung jika 6-7 kali berulang alik dh boleh sampai ke malaysia..:) tp semua tu sy pejamkan mata shj..apa yg kami dpt, nilainya lbh drp itu..semoga sentiasa dinaungi mawaddah wa rahmah..dan setiap pengorbanan itu dihitungNya..ameen ya rabb..

bahagia itu dimana2..

dari langkah pertama keluar dr rumah biru dunkirk..hinggalah saat tayar kapal terbang tidak lagi menjejak tanah, tidak cukup hingga itu sepanjang hampir 2 jam perjalanan fikiran sy mengatur2 segenap kata2,ayat2,nasihat2 utk utk dijadikan pengubat hati utk mmperlihatkan raut wajah yg tenang , tp akhirnya tewas juga,apa yg dlm fikiran itu terluah dgn air jernih yg mengalir hy dr sebelah mata,sy tenang tp jiwa ini terlalu tersentuh dgn segala kebaikan yg tercurah dr Kasih sayang Yg Maha Pengasih , kurniakan seorang insan yg benar2 mmbuatkan sy rs bersyukur..sungguh byk jika ingin sy hitung..

`dimana pun ada ketenangan dan kebahagiaan bila insan kenal pd Tuhan, kasih sayang dan pembelaanNya,bg yg menyerahkan jiwa dan raga,anak dan isteri kepada Allah..' - ni lirik lagu..sy sungguh terkesan dgnnya..dan dgn harapan kami ingin menjadi di kalangan mereka yg SENTIASA meletakkan SEPENUH pergantungan kpdNya..ameen..

bersendirian tidak semestinya keseorangan..

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

dh masuk bulan ke 4 sy ditemani 'housemate'..sgt merasakan kewujudannya..suatu pengalaman yg TIDAK MUDAH tp sungguh menyeronokkan..semoga diberkati selalu..4 hari lagi akan discan utk 2nd trimester ..moga dia sihat dan grow up well...

rsnya dh mcm kene stop kt sini...hy suatu luahan perasaan shj..tp zauj sering kata kalau ingin luahkan tulis shj dlm blog..akan rs tenang..tulisan perjalanan hidup ini mungkin boleh menyentuhkan beberapa hati, apa yg baik itu ambillah apa yg kurang baik buang jauh2..:)


dedikasi khas buatmu yg jauh..








zilla d awatif

Tuesday, February 02, 2010

ujian dan nikmat..

bismillahirrahim..

dh lama rupanyer xmenjenguk ke blog sendiri..busy sgt ke aku ni? bukan busy tp byk masa terluang dlm ujian fizikal,sakit dan sakit..dan mungkin kurang mood utk berkongsi rasa,dan tidak pula byk ilmu utk dikongsikan..( itu kelemahan diri, moga dpt diberbaiki.)

skrg berada di George Green library dekat ngn fakulti zauj..alang2 dia ade kelas ,maka ada baiknya sy dtg study utk next coming exams..

sukar mencari energy utk memulakan study walaupon pagi2 dah makan terhidang..(uh,bagaikan permaisuri pula..thnx to the chef last night dpt makan nasi kerabu yg sedap =D). mula2 sampai di library ni ade internet connection problem..ambil masa jg utk settlekan.then, badan tetiba rs lenguh, back pain,headache sumenye dtg berjemaah di dlm badan yg sudah sedia lemah ni..cubaan.( kalo ikut hati nk baring je ats lantai ni, n of course kalo di rumah sure dh baring2 dgn bestnye..). sbb tu lah terdetik utk mengisi blog ni. xleh nk concentrate utk tudy sbb fikiran sedang concentrate dgn kesakitan2..

ok,now 42 minutes lagi boleh memulakan langkah keluar dr library sbb hubby break kul 1 dgn harapan abiskan satu soalan..i hope so..

alhamdulillah dgn setiap nikmat yg dikurniakan..semoga kita menjadi insan yg sentiasa bersyukur walaupon sentiasa diuji krn nikmatnya itu tidak terhitung byknye..Allah,Allah..

wahai imam kpd solatku..moga engkau sentiasa diberkati..

sekian..

zilla d notts uni library..