Saturday, January 21, 2012

Hadiah Allah..

Setiap kali ingin menulis saya rasa mesti terfikir inilah ayat pertama yg terlintas di benak sy,ayat yang nak menyatakan saya dah lama tak menulis dan saya tak tahu kenapa hari ini jari jemari ni asyik terasa nk menekan keyboard..mungkin ada sesuatu yang besar berlaku dalam kehidupan yang mampu memecahkan kekeluan saya..

Betul,memang ada suatu yang teringin saya kongsi,walaupun saya rasa tak ramai yang 'aware' adanya post baru di blog yang boleh saya katakan dah lapuk ni.:)mungkin perkongsian ini tak memberi makna yang besar pon pada pembaca tapi siapa tahu mungkin entry ni akan dibaca oleh anak- anak saya kelak.Semoga mereka sentiasa menjadi insan yang bersyukur.

Alhamdulillah Allahuakbar..setinggi -tinggi kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi,Allah yang memberi nikmat dan rahmat pada hamba-hambaNya kerana sy dikhabarkan dengan berita yang cukup menggembirakan,Muaz Firdausi sudah pandai melangkah..bagai ingin melompat bila membaca status facebook suami pada suatu hari...Perkembangan yang saya tunggu-tunggu dalam kerisauan.Harapan yang tak pernah lupa untuk saya mohon dr Allah.Mungkin kerisauan yang teramat ini tidak dialami oleh ibu-ibu yang anaknya lahir secara normal, mungkin juga kerisauan tidak sehebat ini jika saya mampu untuk berada bersama mereka,bersama2 melalui detik2 perkembangannya.

Sejak dari kecil semua perkembangan Muaz normal mengikut ' corrected age' kecuali lambat berjalan.Komplikasi daripada kelahiran tidak matang setakat ini memang tidak ada yang serius kecuali dia kerap mendapat common cold and lelah. Teringat satu email dari seorang doktor kanak2 yg diberi kepada suami saya,katanya kamu harus bersyukur sangat-sangat kerana Muaz tidak ada komplikasi yang serius sebagaimana bayi lahir sebaya dengannya,satu keajaiban,begitulah lebih kurang kata-katanya. Imbasan kenangan lalu cukup buat dada saya sesak ..

Apa yang dirisaukan?

Semasa Muaz datang melawat saya di Prague ,umurnya setahun enam bulan dan dia hanya mampu melangkah jika dipimpin, dua minggu selepas berada di Prague ,dia berjaya bangun sendiri tanpa bantuan..Pernah saya bisikkan padanya"Muaz,you only have 2 month to start walking..you can do it sayang"..air mata saya menitis kerana itulah harapan saya sejak umurnya mencecah setahun lagi.Dan sekarang umurnya sudah setahun tujuh bulan.Jika Muaz tak berjalan selepas waktu yang sepatutnya, mungkin dia akan ada masalah nanti,macam-macam yang bermain dibenak saya, perlu dpatkan nasihat doktor untuk buat physiotherapy dan sebagainya ,tidak mahu bertambah lagi bebanan si ibu yang sudah bersusah payah mnjaga anak,sedangkan saya di sini berperang di medan akhir sebagai pelajar.

Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui..

Sungguh ..inilah tarbiyah untuk diri saya , Allah itulah sebaik2 Penjaga.Haruslah saya bulatkn kebergantungan saya pdNya. Walaupun seberat mana pun kesusahan ,kerisauan mohonlah hanya padaNya,mengadulah hanya padaNYA..