Monday, October 27, 2008

mimpi yg indah..

video ni sy buat khas utk diri sy,suami sy,adik2 sy serta sahabat2 sume..=) enjoy it!!

Sunday, October 12, 2008

TAFSIRKU..


tAFsIRku….

Aku ingin bertemu dgn mimpiku..

Terbuai bersama zikir yg indah..

Terlena didalam helaian kalam yg agung

Terkesan bekas2 taqwa di dlm kalbu..

Buaian indah diketika ini kurasakan palsu..

Namun mataku sukar terpejam dr melihat..

Rantaian yg kuat bisa kuputuskan..

Jika tekadku hy krnNya..

Aku yg memandang kehidupan ..

Pd gambaran yg ditafsirkan oleh akalku yg terpencil

boleh saja hanyut ..

bila tidak aku berpegang pd dahan keimanan..

Kabus yg menyelimuti pagi indah ini..

Kan hilang dek sapaan matahari..

Hati yg selalu gundah ini ..

Akan tenang dgn mengingati rabbi..

Semoga aku mndapat kebahagiaan yg ckup utk aku baik hati..

Semoga rezekiku ckup utk mmbuat aku bersyukur

Semoga aku mendapat cubaan yg cukup utk mmbuatkan aku kuat..

Semoga setiap yg sekeliling ckup mmberi pelajaran pdku..

Semoga kamus hidupku tidak dicemari dgn tersilapnya definisi penting yg mnjadi teras peganganku..

Semoga skripku sentiasa dipantau oleh Pengarah yg Maha Berkuasa


-noorkhairul-

Saturday, October 11, 2008

Menangislah..




MENANGIS.... PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...ADAKAH
TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di
dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke
bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap
hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut
tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah
dunia ini.

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati
hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air
mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis
membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia
dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api
neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada
Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu
malam."

Wednesday, October 01, 2008

Salam Aidilfitri..


Get Hari Raya Graphics Here



Di kesempatan ini kami ingin memohon maaf drp sahabat2 dan keluarga jikalau ada salah silap atau jika ada tersimpan di hati rs tidak puas hati.walaupon hari raya ini bukanlah satu2nya hari utk bermaafan..=).Halalkan makan minum semua..kalau ade terhutang dan sy lupe nk byr just serbu je mintak k..semoga kita semua diberkati..