Sunday, December 13, 2009

Mati itu pasti..

Mati itu pasti..namun tak diketahui bila saatnya,mungkin esk ,lusa malah hari ini..

mendengar berita kematian seorang sahabat kpd suami sy ,Mohd Ariff Abd Kadir serta kedua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan ,memberi suatu perasaan yg berbeza dr biasa,suatu peringatan bhw mati itu pasti dan bila2 sahaja buat mereka yg masih bernafas,rahsia jodoh dan ajal maut hy dibawah pengetahuanNya.
Sungguh tidak disangka ,arwah meninggal sejurus slps majlis akad nikahnya, sungguh ujian yg besar bt wanita yg baru bergelar isteri .Salam takziah bt keluarga Allahyarham dan terutama isterinya ,Teh afifah,semoga Allah terus mengurniakan kekuatan mereka.Allah menguji hamba2Nya yg disayangi.Sungguh besar pahala bg mereka yg bersabar dan redha.

Al-fatihah bt Allahyarham.semoga rohnya dicucuri rahmat dan juga roh ibu bapanya.

org yg bijak ialah mereka yg sentiasa mengingati mati..
peringatan buat diri spy sentiasa mmpertingkatkan amal krn itulah yg mnjadi bekal utk mnghadapi kematian..

Saturday, November 28, 2009

Easy Vs Difficult

EASY vs DIFFICULT

Easy to judge the mistakes of others
Difficult to recognize our own mistakes

Easy to talk without thinking
Difficult to refrain the tongue

Easy to hurt someone who loves us.
Difficult to heal the wound…

Easy to forgive others
Difficult to ask for forgiveness

Easy to set rules.
Difficult to follow them…

Easy to dream every night.
Difficult to fight for a dream…

Easy to show victory.
Difficult to assume defeat with dignity…

Easy to admire a full moon.
Difficult to see the other side…

Easy to stumble with a stone.
Difficult to get up…

Easy to enjoy life every day.
Difficult to give its real value…

Easy to promise something to someone.
Difficult to fulfill that promise…

Easy to say we love.
Difficult to show it every day…

Easy to criticize others.
Difficult to improve oneself…

Easy to make mistakes.
Difficult to learn from them…

Easy to weep for a lost love.
Difficult to take care of it so not to lose it.

Easy to think about improving.
Difficult to stop thinking it and put it into action…

Easy to think bad of others
Difficult to give them the benefit of the doubt…

Easy to receive
Difficult to give

Easy to read this
Difficult to follow

Easy keep the friendship with words
Difficult to keep it with meanings


~zilla d' awatif~

Sunday, September 27, 2009

musim luruh


Musim luruh kembali lagi..

Seiring bersama episod baru dlm perjalanan ini..

Perjalanan yg mengajar erti ujian duniawi..

Perjalanan yg membentuk nilai insani..

Masih samar permandangan masa depan..

Samar2 dlm dunia rasaku dan juga dunia rasamu wahai teman..

Jangan biarkan diri tersepit dicelah masa lalu dan masa depan..

Nikmatilah setiap detik hari ini yg dikurniakan..

Ukirkan kegembiraan utk melwan kegelisahan hati..

Cambahkan kegembiraan dr keikhlasan diri..

Luruhkan lara hanyutkan sepi..

Pasti nnt bahagia menyusuri..


dedicate to semua kwn2..

selamat menempuh sem baru di fakulti masing2

..


Saturday, September 05, 2009

duit raya,duit upah dan basikal biru..



Nak ke sekolah ,sy perlukan sebuah basikal,detik hati saya .umur ketika ini seingat sy 9 tahun. tapi sy tahu, ma dan abah tak akan dpt menunaikan hasrat sy jika sy meminta pd mereka, bukan mereka tidak mahu menunaikan tp tidak mampu..dgn impian memiliki sebuah basikal utk ke sekolah yg lbh kurang 1km dr rumah, sy bertekad utk membelinya dgn duit sendiri. Bulan puasa merupakan peluang utk sy utk mengumpul duit. duit hasil dr temphan menjahit.sy ambil 1/5 dr duit jahit kelim tepi yg ditempah,kurang lebih utk satu pasang baju dpt 20 sen.. ini mungkin hasil belas kasihan ibu setelah melihat anaknya berpenat lelah di bulan puasa..jauh dr sudut hati ibu tidak mahu anak2 turut merasa keletihan yg dia rasa..sy tahu, krn sering diluahkan begitu..byk tempahan masa ni, jika hendak mengira letih cukup sajalah dgn mengambil beberapa tempahan shj, tapi mengenangkan tiada sumber pendapatan lain, keletihan diri ibu ketepikan.berjaga malam utk menyiapkan baju raya.abah yg kurang sihat tidak dpt membantu apa2. membuat ondeh2 utk juadah berbuka,itu saja yg mampu dilakukan,..(rindu ondeh2 abah..=( )

Tibanya hari raya ,seperti kanak2 lain sy juga merasa gembira krn masa inilah akan dapat byk duit raya..kumpul2 duit dlm bulan puasa dan duit raya sy mencecah rm150..insyaAllah cukup utk membeli satu basikal..sy mengajak abah yg tidak berapa sihat ke kedai basikal ,basikal biru di hujung barisan basikal2 itu sy pilih krn ianya paling murah dan duit yg sy bwk cukup2 utk mendapatkannya..uh,dpat juga basikal,inilah barang pertama yg sy beli dgn duit simpanan sendiri..

tahun ini berpeluang menolong ibu menjahit baju raya yg ditempah..mengingatkan sy kisah zaman kecil yg penuh kesederhanaan dan jerih..

nota kaki 1: rupanya kita mampu utk berdikari jika kita mahu..
2: mari bersyukur krn ada lagi org yg lebih ssh drp kita
3: jika ingin menghargai org tua, letakkan diri kita ditempat mereka.


Sudah dua minggu berpuasa di Malaysia..bercampur2 perasaan sy,happy dapat bersama keluarga tersayang,ke bazar ramadan,jalan2,tp sedih juga kekadang krn nikmat masa yg terluang kerap disalahgunakan hanya utk kepentingan diri sendiri,harus mengingatkan diri supaya tidak trus lalai dan leka...memang rugi jika di bulan puasa ni kita tak mampu utk berlatih utk mengawal diri utk lbh berdisiplin dan mempergunakan peluang ganjaran pahala yg berganda dgn mempertingkatkan amalan supaya piala taqwa diperoleh..

InsyaAllah tahun ini sy berpeluang beraya di malaysia bersama keluarga tidak seperti tahun2 yg lalu .. cuma ada sedikit rasa bersalah pada suami krn dia terpaksa ponteng kelas dan meninggalkan komitmen lain di nottingham sana ,semoga pengorbanannya dibalas dgn kebaikan..

Tuesday, August 11, 2009

saat penantian yg terisi..


Naluri..

seringkali terlintas di fikiran utk memiliki zuriat..entah knp perasaan sedemikian sering dtg dan berlegar di kotak kepala saya..saya teringat dlm satu majlis ilmu,seorang ustaz mengatakan bhw bila seseorang wanita itu sudah berkahwin,naluri ingin menjadi seorang ibu itu pasti ada..sy mengiakan apa yg dikatakan ustaz tersebut,normal rupanya apa yg sy rasakan itu.sapa tak mahu untuk memiliki cahaya mata..di kalangan rakan2 ade yg seronok ingin berkongsi kegembiraan bermain dgn si kecil,sering bertanya dan menaruh harapan agar nanti akan ada seorang baby di kalangan mereka..suatu yg pasti ada dgn izinNya tp entah bila dan dimana..

mampukah?


naluri itu saya tepis krn sy sering mempertimbangkan kemampuan yg ada.melihat anak2 kecil membuatkan kita rasa tenang dan penuh rasa tanggungjawab kerana mereka itu ibarat kain putih,dan kitalah yg mencorakkannya.musim cuti kali ni,byk pertanyaan dr saudara mara mengenai kehamilan."kamu dh ade ke?bila lagi?".ada yg agak peramah ,trus menyentuh perut sy tanda ragu2 apabila sy katakan tidak ada lagi.pasangan suami isteri yg kawin pd tempoh lbh kurang drp perkhwinan saya pun sudah dikurniakan zuriat.mungkin itulah adatnya, selepas tempoh sekian2 berkahwin,perlu ada kehamilan.

Yang menariknya jika persoalan itu didengari oleh ibu saya trus dia yg tlg saya utk jwbkan,'ssh kalo beranak skrg,mana nk study lagi,nk jaga anak lagi,tambah2 belaja medic susah,kalo duk kat malaysia ni xpe ade org tlg jaga..' sungguh lengkap dan padat sekali isi hati yg ingin diluahkan..kenal benar sy dgn rona ayat seperti itu.memang betul,terkadang perasaan ingin memiliki yg membuak2 menyebabkan kita terlepas pandang akan kemampuan diri dan faktor persekitaran yg kurang mengizinkan. Apabila memikirkan kata2 ibu,byak kali sy fikir..bukan sekali dua..mungkin kerana ayat yg sama terkeluar dari mulutnya menunjukkan suatu ketegasan di situ..persenolly,sy sendiri mengaku sy xmampu utk memberi khidmat yg terbaik apabila berhadapan dgn byk komitmen dan sy amatlah respect sesiapa yg berani mencuba,tetapi..sekiranya dikurniakan,perlu diterima bahwa itulah yg terbaik.

pengubat rasa..

musim cuti mcm nilah peluang utk sy pujuk naluri tersebut..bermain2 dgn anak saudara,dan baby2 sepupu yg baru lahir.seronok sekali..tapi cuti kali ni tidak memungkinkan saya utk mengutip pengalaman menjadi babysitter seperti tahun lps krn tiada baby kecil di rumah..kadang-kadang perlu disorok rasa' excited' bila bertemu ngn baby,takut2 soalan pasal kehamilan ditujukan,bukan tidak mahu ditanya tp malas utk berfikir apa yg perlu dijawab..yang pasti,dos kesabaran perlu ditambah apabila setibanya diri ini di prague nnt. .=)


hazilla hasan
kok lanas
~tinta dr hati utk hati-hati~

Friday, August 07, 2009

doctor to be not a doctor already..

musim cuti suatu musim yg menyeronokkan tetapi kekadang lebih sibuk dr kehidupan seharian sebagai seorang pelajar..tetambah lagi apabila mmpunyai lbh drp satu rumah keluarga.masa cuti yg lama perlu dibahagi2kan dan apabila ingin kemana2 perlu diinform semua org..xboleh nk buat suka2 hati mcm dulu lagi..ulangalik dr rumah sana dan rumah sini menggunakan motosikal sbb xmampu lagi nk beli kereta.hee.kata suami,naik motor lbh cepat sampai ..menyelit2 time traffic jam..huhu.

bukan sahaja bilangan keluarga bertambah.bilangan saudara mara juga bertambah. perlu melawat,hadir ke kenduri.jamuan makan2..mcm2 lagi.mmg la tak biasa lagi,tapi kalo xbuat skrg bila lagi..time cuti ni la nk kenal org.org dh kenal kita time kenduri kawin dulu tp kite yg xcam muka org sbb ramai sgt yg dtg..biasa la tu..kalo dh keje nnt org dah tau kita xkan ade masa selapang skrg ni.dah la balik jarang2..so kene la jumpa org tu,org ni .,seringkali terkeluar ayat ni dr mulut ibu "pergilah jumpa si fulan si fulan..lame dia ty khabar awk.."huhu...pastu kalo pegi sorang,kene plak pegi berdua..

nk dijadikan ceritanya ialah sesi bualan sy ngn org2 kampung,saudara mara,malah keluarga terdekat yg terdiri drp golongan yg berusia.mereka yg berusia mmg xleh lari dr memiliki penyakit..mereka suka la sgt kalo kita student medic ni g melawat ..yg sering diajukan ialah soalan2 yg bertubi2 mengenai kesakitan..mula2 diorang cerita dulu.ala2 mcm patient history la.mcm mane bleh sakit.what make it worse..bla2..pastu start la soalan prescription ubat..kenapa dia rasa macm ni..nk buat mcm mane..ya Allah,sampai kekadang rs mcm dh jd doktor pulok,tapi utk tidak menghampakan mereka sy ckp la apa yg sy tahu..kalo dah xleh jwb sgt sy kate sy xblaja lagi pasal tu..hehe.. pointnye kt sini betapa besar sekali pengharapan dan kepercayaan mereka terhadap kita..mereka memerlukan orang yg boleh mendengar pengaduan dan mereka lebih gembira sekiranya kita boleh memberi solusi..so,kt sini, saya belajar mnjadi pendengar yg baik di samping pandai2 la berbual ngn org2 tua sbb mmg sgt la jauh bezanya bila berckp ngn kwn kalu dibandingkan ckp ngn org2 tua..ye tak?

ok,sekian..
doakan semoga cuti kita semua bermanfaat..

bukan kisah siapa,ini kisahku



pujangga wanita..



lepak2 ptg bersama internet sy terjumpa satu kata2 pujangga di satu ruangan forum.forum kakak2 dan mungkin makcik2 yg dh lama berumah tangga..
Mari renung kata2 pujangga ni..actually panjang lagi,tapi copy paste separuh je..

perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka...
.
.
.

Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Thursday, July 02, 2009

kicauan burung di awatif..suatu kenangan..


bismillahirahmaanirrahim..

allhamdulillah....pagi yg indah dihiasi dgn kicauan burung yg sungguh ceria..ptg pula ditemani burung yg pulang kekenyangan dlm keceriaan pula.itu rezeki dr Pencipta.Wahai diri,bersyukurlah dgn apa yg dikurniakan ,jgn penat memikirkan apa yg tiada.Ya, hari ini milik kita,hari di saat matahari menyapa kita,membuat kita mmpu melihat alam yg sebegitu indah dan cantik tersusun..penuhi ia dgn suatu yg pastinya dan seharusnya lebih baik dr hari yg sebelumnya..kerana hari ini adalah kesempatan utk hidup,kesempatan utk kita zahirkan apa yg kita imani,kesempatan utk melakukan kebaikan utk diri kita dan juga dgn harapan memberi manfaat kpd org lain..hari esk masih dlm alam ghaibnya..kenapa perlu menyempitkan kehidupan di celah2 dua kehidupan ,iaitu masa lalu yg terkadang mmbuat kita sedih mengenangkannya dan masa mendatang yg acapkali menimbulkan kegelisahan dan menakutkan..

syukur..

suatu yg tidak sy sangka,sy dapat kembali ke tinggal di suatu tempat di mana sy mengenal hidup dikala berjauhan dgn keluarga bersama sahabat dan adik2.Di mana sy mengenali sahabat2 dan adik2 yg masyaAllah hebatnya sifat dan akhlak mereka.Mungkin saya ini bukanlah seorang shabat yg baik tapi diri sy pastinya tidak pantas utk menolak nikmat bersahabat yg terkadang sy sendiri tidak mmapu utk mnzahirkan seperti apa yg mereka lakukan.dgn izinNYA sy dapat berpindah kembali ke karlovo namesti ,tinggal berdekatan dgn sahabat,percayalah wahai diri yg merasakan ingin bersendirian,kamu tidak akan dpt sepenuhnya bergantung pd diri sendiri.mmg benar manusia itu perancang tp DIA adalah sebaik-baik perancang..

selamat berpindah kpd diriku,huhu..

p/s :byk ingin berkongsi tp xleh nk tulis panjang2..byk hal yg belum selesai.

Friday, June 26, 2009

.:sejuta harapan:.



Sejuta harapan yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Terangilah gelap hitam jalanku
Sucikanlah hati ikhlas untukMu~

trus berlari dan berlari..jgn berhenti berharap.haruslah diri ini sentiasa tguh!!

Saturday, June 13, 2009

indahnya tawakkal..

Yakin dan Tawakkal

Allah Ta'ala berfirman:
"Setelah orang-orang yang beriman itu melihat pasukan serikat - musuh - mereka berkata:
"Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya kepada kita dan Allah dan RasutNya itu berkata
benar. Hal yang sedemikian itu tidaklah menambahkan kepada orang-orang yang beriman tadi
melainkan kelmanan dan penyerahan bulat-bulat." (al-Ahzab: 22)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Para manusia berkata kepada orang-orang yang beriman itu: "Sesungguhnya orang-orang
telah berkumpul untuk melawan engkau semua, oleh karena itu takutlah kepada mereka." Tetapi hal itu makin menambah keimanan mereka. Mereka menjawab: Allah cukup menjadi pelindung kita dan sebaik-baiknya yang dijadikan tempat bertawakkal.
Kemudian mereka kembali dengan mendapatkan kenikmatan dan keutamaan dari Allah, mereka tidak terkena sesuatu halanganpun dan mereka mengikuti keridhaan Allah dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung." (ali-lmran: 173-174)

Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Dan bertawakkallah kepada Tuhan yang Maha Hidup yang tidak akan mati." (al-Furqan: 58)

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan kepada Allah, hendaklah orang-orang yang beriman itu sama bertawakkal," (Ibrahim: 11)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Jikalau engkau telah bulat tekad - untuk melaksanakan sesuatu - maka bertawakkallah kepada
Allah." (ali-lmran: 159)

Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia pasti mencukupi untuknya." (at-
Thalaq: 3)

Lagi firmannya Allah Ta'ala:
"Hanyasanya orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah,
maka hati mereka itu menjadi ketakutan, juga apabila ayat-ayatNya dibacakan kepada mereka,maka bertambah-tambahlah keimanan mereka dan mereka itu sama bertawakkal kepada Tuhannya." (al-Anfal: 2)


Keterangan:
Banyak sekali orang yang salah mengerti dalam melaksanakan ketawakkalan kepada
Allah Ta'ala itu. Ada yang berpendapat, tawakkal ialah menyerah bulat-bulat kepada Tuhan
tanpa berbuat daya-upaya dan usaha untuk mencari mana-mana yang baik dan menyebabkan kebahagiaan. Ringkasnya enggan berikhtiar atau menyingsingkan lengan baju.
Anehnya ia meminta yang enak-enak belaka. Orang semacam di atas itu rupanya berpendapat, bahwa tidak perlu ia belajar, jika Tuhan menghendaki ia menjadi orang pandai,
tentu pandai juga nantinya. Juga tidak perlu bekerja, jika Tuhan menghendaki ia menjadi
kaya, tentu kaya juga nantinya. Atau ketika sakit, tidak perlu ia berobat, jika Tuhan
menghendaki sembuh tentu sihat kembali pula. Semuanya itu samalah halnya dengan orang
yang sedang lapar, sekalipun macam-macam makanan di hadapan mukanya, tetapi ia
berpendapat, jika Tuhan menghendaki kenyang, tanpa makanpun akan menjadi kenyang
juga. Cara berfikir semacam di atas itu, apabila diterus-teruskan, pasti akan membuat
kesengsaraan diri sendiri, bahkan merusak akalnya sendiri.
Adapun maksud tawakkal yang diperintahkan oleh agama itu ialah menyerahkan diri
kepada Allah sesudah berdaya-upaya dan berusaha serta bekerja sebagaimana mestinya.
Misalnya meletakkan sepeda di muka rumah, setelah dikunci baik-baik, lalu bertawakkal.
Artinya apabila setelah dikunci itu masih juga hilang umpama dicuri orang, maka dalam
pandangan agama orang itu sudah tidak bersalah, sebab telah melakukan ikhtiar supaya
jangan sampai hilang. Hal yang semacam itu pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w., yaitu
ada seorang sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti
pohon, tonggak dan lain-lain, lalu ditinggalkan.
Beliau s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak kamu ikatkan?" Ia menjawab: "Saya sudah
bertawakkal kepada Allah." Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu,
lalu bersabda:
Artinya: "Ikatlah dulu lalu bertawakkallah."
Ringkasnya tawakkal tanpa usaha lebih dulu adalah salah dan keliru menurut
pandangan Islam. Jikalau kita sudah dapat meletakkan arti tawakkal pada garis yang sebenarnya, maka sangat sekali dipuji dan pasti kita tidak akan kekurangan rezeki, sebab Allah Ta'ala akan menjamin bahwa kita akan diberi bagian rezeki kita masing-masing sebagairnana halnya burung yang pergi pagi-pagi dalam keadaan kosong perut, sedang pada sore harinya telah menjadi kenyang. Selain itu Allah berfirman bahwa srfat-sifat kaum mu'minin itu di antaranya ialah selalu bertawakkal kepada Allah Ta'ala dengan pengertian tawakkal yang tidak disalahrnengertikan.

FirmanNya:
"Hanyasanya orang-orang yang beriman itu apabila nama Allah disebutkan, menjadi gentarlah
hati mereka dan apabila ayat-ayat Allah dibacakan, maka bertambahlah keimanan mereka dan hanyakepada Allah jualah mereka bertawakkal." (al-Anfal: 2)

Yang perlu kita perhatikan, sehubungan dengan persoalan ini ialah:
Dalam mengejar cita-cita, supaya dapat berhasil kecuali amat diperlukan adanya sifat
kesabaran, juga wajib disertai sifat tawakkal ini. Karena yang menentukan berhasil atau
tidaknya sesuatu maksud itu hanyalah Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri. Lebih besar yang
dicita-citakan, wajib lebih besar pula sabar dan tawakkalnya, misalnya ingin menjadi seorang
yang alim, ingin memajukan agama, ingin mendirikan sesuatu negara yang benar-benar
diridhai oleh Allah Ta'ala, ingin melaksanakan hukum-hukum dan syariat Islam dalam
negara dan lain-lain sebagainya. Setelah bersabar dan bertawakkal wajib pula disertai doa,
memohon kepada Allah semoga yang dicita-citakan itu berhasil, jangan bosan-bosan berdoa
dan yakinlah bahwa Allah akan mengabulkan. Insya Allah.

~riyadus shalihin~

Saturday, June 06, 2009

manfaatkan masa sakitmu~~



MENGADU SAKIT..


"hubby,..syg sakit.."
"ye syg,..sabar la ek, kalu abg bleh amik sakit syg tu abg amik dh.:("
itu kata2nya ketika aku luahkan sakit migraine ni..terkadang berat utk mengadu krn takut dia rasa bersalah krn tidak dpt menolong..
aku tahu tiada sapa dapt menolong melainkan Dia yg Maha Berkuasa,dia mencipta sakit dan dia juga yg dapat menghilangkannya. Terkadang aku lebih prefer demam dan batuk krn aku still boleh study. Sakit kepala ni,sukarnya utk aku explain. Jauh dlm lubuk hati aku tidak mahu org lain merasai betapa sakit kesakitan yg aku rasai..
Kesakitan time exam tak mmungkinkan aku utk menggunakan masa secara optimum. Kebanyakan masa aku habiskan menahan kesakitan dan tidur.Tidur 9 jam?? mcm bukan time exam lak.Tp itu lah,Itulah cara yg terbaik jika tidak mahu sakit tu melarat. Ubat dah makan,tp kalau sakit tu degil segalanya xmmberi kesan pon. Allah..Allah..Allah..itu yg aku mampu buat,xde jalan lagi hanya mampu mengadu pd pencipta kpd kesakitan ini..

APA JALAN KELUAR?

ye..sabar..sabar je jalan keluar yg terbaik.Masa yg aku ada bukan milikku.Segalanya milikNya..jangan risau masa habis krn menahan sakit krn dia yg mengurniakan sakit dan masa itu jua milikNya.
sabar kerana ujian ini mungkin skit berbanding ujian Allah terhadap insan lain..
tiada yg terbaik drp apa yg telah ditetapkan,maka redhalah..
Kesengsaraan itu penuh hikmahnya,semoga aku ditemukan dengan hikmah itu..
Sabar itu indah, semoga aku terus merasai indahnya sabar itu..

~ sekadar luahan~

kaedah2 menuju bahagia II




16. Muhasabah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati

17. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan

18. Jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara2 yg remeh.

19. Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20.
Jangan marah, jangan marah, jangan marah!

21.
Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia kerana kehidupan ini xlebih dari sekadar sepotong roti , seteguk air dan bayangan.

22. “ Dan dilangit terdapat (sebab- sebab) rezekimu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu” ( Adz- Dzariyat: 22)

23. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24. Pada orang- orang yg tertimpa musibah itu ada suri teladan.

25. Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.

26.
Ulangilah doa- doa untuk menghapus bencana.

27. Anda perlu
melakukan kebaikan dan menghasilkannya, dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran.

28. Tinggalkanlah semua desas- desus, dan
jangan percaya kepada khabar angin.

29. Kedengkian dan keinginan anda yg kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan diri anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.

30. Setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa.


renung2kan dan selamat beramal..

Saturday, May 30, 2009

Kaedah-kaedah menuju Bahagia..

1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana- mana. Seterusnya ,semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedudukan anda akan menjadi lebih banyak.Inilah makna sabda rasulullah saw.


“Bila engkau berada pada pagi hari,jangan menunggu datangnya petang hari.

Bila engkau berada pada petang hari,janganlah menunggu datangnya waktu pagi.”


2. Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa laludan sesuatu yg telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.


3. Jangan menyibukkan diri dgn masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan sehingga ia datang dengan sendirinya.


4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan.teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu alkan mengankat diri anda setara dengan kritikan tersebut.


5. Berimanlah kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yg baik dan bahagia.


6. Barangsiapa menginginkan ketenangan,ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah..


7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yg terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadhar Allah.


8. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.


9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan yg terburuk.


10. Kemungkinan yg terjadi itu ada baiknya utk diri anda.


11. Semua ketentuan Allah bg seorang muslim adalah baik bgnya.


12. Berfikirlah tentang nikmat lalu bersyukurlah.


13. Percayalah apa yg anda miliki jauh lbh byk drp yg dimiliki org lain.


14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.


15. Dengan musibah hati akan tergerak utk berdoa

Bersambung...


~bedah buku~