Tahun ini merupakan tahun yang istimewa kerana tahun ini saya juga bergelar seorang ibu semasa sambutan Hari Ibu. Memang tak dinafikan yang setiap masa pun kita perlu hargai seorang insan ynag bernama ibu tapi dengan adanya hari ini mungkin semua akan lebih menghargai insan istimewa yang melahirkan mereka, dan ibu2 juga akan rasa lebih dihargai dan gembira walaupun mereka bukanlah mengharapkan balasan atas kasih sayang yang mereka curahkan.. Specialnya kedudukan ibu sebagaimana dinyatakan dalam hadis nabi s.a.w:
Abu Hurairah ra berkata:Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu.” (HR Bukhari)
Selamat Hari Ibudan salam sayang kepada ibu saya Zaimah Mahmod yang berada di Kampung Kok Lanas .
Dan ibu2 mertua saya Wan Rana Wan Hamat dan Wan Mek Wan Hamat yang berada di Kampung Tunjong..
Jasa ibu tak kan saya lupa sampai bila2 dan semoga Allah sentiasa melindunginya dan memberinya kebaikan di dunia dan di akhirat dan sentiasa diingati dalam doa2 setiap anaknya.Tidak terhitung segala pengorbanan dia .Semoga semua itu sentiasa menjadi pedoman dan pembakar semangat untuk saya dan adik beradik lain utk berjiwa besar sepertinya..Terima Kasih Ma.=D
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:" Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun kekayaanmu tetapi Allah memandang pada hatimu. Brangsiapa yang memiliki hati yg soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yg plg bertaqwa."
No comments:
Post a Comment