Semua org tak mahu derita, semuanya mahu bahagia,mahu yang baik-baik dan indah-indah sahaja berlaku pada diri mereka setiap masa dan di mana-mana sahaja mereka berada.
Bahagia dalam diri seseorang bergantung kepada apakah definisi bahagia pada mereka. Ada orang masih tak bahagia walaupun memiliki harta yang tidak habis-habis dibelanjakan,rumah yg cantik dan selesa, makanan yg cukup dan sebagainya,sering resah gelisah dan bermuram durja. Ada orang yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang namun selalu tersenyum,tenang dan gembira. Namun masih ramai yg menyangka kebahagiaan itu datangnya dari faktor kekayaan, kecantikan,dan segala macam lagi kenikmatan hidup di dunia .
Hakikat bahagia
Namun apakah pula hakikat bahagia? Terkadang saya tertanya apa itu erti bahagia yg sebenar?Erti bahagia dari kaca mata orang beriman. Teringat akan satu hadis yg berbunyi:
“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Adakah org yg hidupnya sering ditimpa dgn musibah dan ujian kehidupan itu tidak bahagia? Silapla anggapan kita jika berfikiran negatif begitu.Pada hakikatnya,memang ajaib sifat seorang mukmin itu,sungguh aneh apabila ujian kesusahan itu di mata org lain suatu beban tapi bagi org mukmin ujian itu adalah satu tanda kasih-Nya,perhatian dan tunjuk ajar dari Sang Pencipta kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya.
Sikap positif seorang yang beriman adalah satu anugerah dari Allah istimewa untuk mereka yang bersangka baik denganNya,menerima setiap yang datang dariNya dengan hati yang lapang.Orang mukmin yg mengharapkan redha Allah semata2 jiwanya tidak lemah jika disapa ujian kehidupan kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara yg kekal hanyalah kehidupan di akhirat dan mereka meyakini bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kehidupan hambaNya.
Yakin dgn aturanNYA..
Yakinlah bahawa jika Allah yang uruskan urusan kita ..mengaturkan kehidupan utk kita..apa yg org ramai sangka kekalahan,kita akan melihat ianya satu kejayaan, satu keuntungan..
Bagi mukmin cukuplah Allah bg mereka ( 3:173) .mereka tidak gentar berhadapan dengan apa jua keadaan kerana mereka ada Allah sebaik-baik Pelindung.Dialah sebaik2nya tempat diserahkn segala urusan, diadukan setiap masalah,tempat memohon pertolongan .
Bersyukurlah..
Bersyukurlah kerana kita sudah memperoleh nikmat yg besar,yaitu nikmat Islam dan Iman.Kita sering lupa akan nikmat ini kan?
' Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari ( nikmat Allah ) ' 14:34
Ternyata,apa yg Allah kurniakn pd kita lbh drp harapan kita..besarnya nikmat yg kita ada sekarang.
Maka, bersabarlah wahai orang yg diberi ujian, sesungguhnya setelah kesusahan itu akan datang kesenangan. fahamilah hakikat bahagia .janganlah bersedih krn Allah sentiasa bersama kita (9:40).Mari melihat dunia ini dari dimensi akhirat...:)
~ummu muaz~
No comments:
Post a Comment