Tuesday, April 21, 2009

'dunia baruku'

bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya,tergerak gak nk update blog yg dh lama berkarat ni..org lain pon bizi jugak tp sempat je nk update blog..entry kali ni berkisar kisah hidup hampir sebulan yg lalu di mana sy mmg bizi nk handle pasal rumah baru.Call agent,pegi situ,pegi sini gayanya mcm bussinesswoman pulak.hidup berdikari tidak begitu kekok bg seorang yg mmg lasak mcm saya..mungkin org di luar sana yg masih belum mengenal siapa diri ini terasa bimbang di kala sy mengambil keputusan utk tinggal bersendirian,definisi lasak tu mungkin certain org je paham jika mereka mengenal asal usul diri sy dr keluarga yg biasa2.Tidak putus2 dr mulut rakan2 'tidak takut dan bosan ke tinggal keseorangan?' tp sy balas soalan mereka dgn senyuman..tp terkadang sy bimbang kalau2 ada suatu perkara yg tak kena dgn diri ni ataupon org lain yg sedang concern pasal saya..sy nk ucap terima kasih kpd rakan2 yg memahami,yg selalu mengambil berat dan sy rasa gembira kerana kasih sayang org2 disekeliling dan tak lupa buat zauji,sape lagi org yg paling risau kat dunia ni kalau apa2 jadi ngn saya tentulah si suami yg sy syg sgt tu..walaupon berjauhan tapi die telah mengikat hubungn ini dgn rs kebersamaan yg luar biasa..alhamdulillah wasyukurillah..



Apa jua yg mendatang sy cuba utk harungi..kini sudah hampir sebulan berada di kediaman baru..mungkin baru dua minggu keseorangan kerana minggu pertama ditemani hubby.terima kasih kerana mencipta suasana yg comel kt rumah ni di kala sy melangkah ke 'dunia baru'.tiada apa sgt pon yg menarik yg ingin diceritakan cuma ingin meluahkan rs terima kasih.

Hari ni sungguh 'kelakar' dikala bergegas utk ke kelas sy bt pertama kalinya terserempak dgn jiran yg merupakan seorang pak cik tua.kelihatan terkejut melihat wanita berscarf dan memakai skirt.mintak maaf pak cik,tak berniat sy nk bt pak cik terkejut.tp tu la kan,kita jiran rupanya..pergi ke kelas dgn niat ingin mengambil suatu yg baru pada hari ini tetapi batuk saya tiba2 buat hal.dia meragam dan seolah2 tidak mmbenarkan sy mengikuti pelajaran surgery.sy pulang ke rumah setelah hanya berjaya duduk di dlm kelas hy 15 minit shj.kejadian di kelas surgery mmbuat sy 'trauma' utk ke kelas sebelah ptg.Skrg sy sedang mencuba ubat yg ke -3. harap2 kali ni menjadi.kalo xjadi jugak,terpaksa la mengadap si doc jugak (tu yg malas tu).



~tiada sesuatu yg baik melainkan apa yg baik disisiNya~

hadis 36:
Dari Abu Hurairah r.a,Nabi saw. bersabda, "Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat,barangsiapa memudahkan urusan (mukmin) yg sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan diakhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah akan sentiasa menolong sorang hamba ,selama hamba itu menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh perjalanan utk mncari ilmu maka Allah akan memudahkan bgnya jalan menuju syurga.Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah2 Allahutk mmbaca kitab Allah dan mmpelajarinya bersama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman,rahmat Allah akan menyelimuti mereka,dan Allah akan memuji mereka di hadapan para malaikat yg berada disisiNya.Barangsiapa amalnya kurang,maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.

hadis riwayat muslim


hazilla
~dr teratak awatif~

7 comments:

wardah@zinni said...

zill..aku tahu ko mmg lasak,tiada sape bole nafikn..stay strong!!!

urm,aritu dh singgah teratak cantik ko..mkn nasi goreng lg tu..ade rezeki n masa aku tdo plak umah ko k..ok kn..hehe..ko tau kn,aku ni suka menyibuk menempel kt bilik org,sbb korg dh pindh aku tempel umah korg laa plak..haha..

~best tak nickname aku tu..haha..zinni=zinnirah,hehe~

dianaixora said...

assalamualaikum wrb

zilla. semoga Allah terus menerus kurniakan kekuatan, kesabaran dan keteguhan kepada zilla. dgn itu, dpt menambahkan iman dan amal kpdNya,insyaAllah. kesihatan dan kesakitan juga satu tarbiyah utk lebih dekat kpdNya. k dd yg dari jauh nih pon mmg sgt kagum dgn kekuatan pd nti. syafakillah buat nti. jaga diri elok2 ye!k dd tadek kat sane utk tgk2kan nti. ma'assalamah =)

Syana said...

salam alaykum zila..

lama dah tak jumpa walaupun kita ni satu kumpulan.dua-dua sakit.jaga diri baik-baik ye.awak dahla duduk sorang.tabahkan diri dan saya tahu awak sememangnya lagi tabah dari saya.

hazilla_khairul said...

wardah@zinni- thnx fir,dtg la lg,bleh makan2 bwk skali housemates anda tu.

dianaixora thnx - kak,alhamdulilllah da sihat skit..btol,jika xdtg sakit kita melupakan nikmat sihat tu.moga setiap kesakitan mnjadi kafarah dosa.semoga kita semua kuat dan sabar mnghadapi ujianNya krn apajua yg diaturkan itulah yg terbaik bt hambanya..=)

syana- thnx syana,jaga diri juga..insyaAllah kalo sakit yg bleh bgn lagi ni tidak mnjadi mslh dlm keseorangan.ramai teman di karlovo utk ditumpang..huhu.

raidah said...

take care ok!

raidah said...

take care ok!

Intan said...

risau jugak kat kamu bila baca entri ni.but,i know u'll be fine,inshaAllah.

ore Kelate buleh,yeahhhh!take care zila =)