saat penantian yg terisi..
Naluri..
seringkali terlintas di fikiran utk memiliki zuriat..entah knp perasaan sedemikian sering dtg dan berlegar di kotak kepala saya..saya teringat dlm satu majlis ilmu,seorang ustaz mengatakan bhw bila seseorang wanita itu sudah berkahwin,naluri ingin menjadi seorang ibu itu pasti ada..sy mengiakan apa yg dikatakan ustaz tersebut,normal rupanya apa yg sy rasakan itu.sapa tak mahu untuk memiliki cahaya mata..di kalangan rakan2 ade yg seronok ingin berkongsi kegembiraan bermain dgn si kecil,sering bertanya dan menaruh harapan agar nanti akan ada seorang baby di kalangan mereka..suatu yg pasti ada dgn izinNya tp entah bila dan dimana..
mampukah?
naluri itu saya tepis krn sy sering mempertimbangkan kemampuan yg ada.melihat anak2 kecil membuatkan kita rasa tenang dan penuh rasa tanggungjawab kerana mereka itu ibarat kain putih,dan kitalah yg mencorakkannya.musim cuti kali ni,byk pertanyaan dr saudara mara mengenai kehamilan."kamu dh ade ke?bila lagi?".ada yg agak peramah ,trus menyentuh perut sy tanda ragu2 apabila sy katakan tidak ada lagi.pasangan suami isteri yg kawin pd tempoh lbh kurang drp perkhwinan saya pun sudah dikurniakan zuriat.mungkin itulah adatnya, selepas tempoh sekian2 berkahwin,perlu ada kehamilan.
Yang menariknya jika persoalan itu didengari oleh ibu saya trus dia yg tlg saya utk jwbkan,'ssh kalo beranak skrg,mana nk study lagi,nk jaga anak lagi,tambah2 belaja medic susah,kalo duk kat malaysia ni xpe ade org tlg jaga..' sungguh lengkap dan padat sekali isi hati yg ingin diluahkan..kenal benar sy dgn rona ayat seperti itu.memang betul,terkadang perasaan ingin memiliki yg membuak2 menyebabkan kita terlepas pandang akan kemampuan diri dan faktor persekitaran yg kurang mengizinkan. Apabila memikirkan kata2 ibu,byak kali sy fikir..bukan sekali dua..mungkin kerana ayat yg sama terkeluar dari mulutnya menunjukkan suatu ketegasan di situ..persenolly,sy sendiri mengaku sy xmampu utk memberi khidmat yg terbaik apabila berhadapan dgn byk komitmen dan sy amatlah respect sesiapa yg berani mencuba,tetapi..sekiranya dikurniakan,perlu diterima bahwa itulah yg terbaik.
pengubat rasa..
musim cuti mcm nilah peluang utk sy pujuk naluri tersebut..bermain2 dgn anak saudara,dan baby2 sepupu yg baru lahir.seronok sekali..tapi cuti kali ni tidak memungkinkan saya utk mengutip pengalaman menjadi babysitter seperti tahun lps krn tiada baby kecil di rumah..kadang-kadang perlu disorok rasa' excited' bila bertemu ngn baby,takut2 soalan pasal kehamilan ditujukan,bukan tidak mahu ditanya tp malas utk berfikir apa yg perlu dijawab..yang pasti,dos kesabaran perlu ditambah apabila setibanya diri ini di prague nnt. .=)
hazilla hasan
kok lanas
~tinta dr hati utk hati-hati~
No comments:
Post a Comment