Friday, February 25, 2011

Bahagia dimana2..




Definisi bahagia

Semua org tak mahu derita, semuanya mahu bahagia,mahu yang baik-baik dan indah-indah sahaja berlaku pada diri mereka setiap masa dan di mana-mana sahaja mereka berada.

Bahagia dalam diri seseorang bergantung kepada apakah definisi bahagia pada mereka. Ada orang masih tak bahagia walaupun memiliki harta yang tidak habis-habis dibelanjakan,rumah yg cantik dan selesa, makanan yg cukup dan sebagainya,sering resah gelisah dan bermuram durja. Ada orang yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang namun selalu tersenyum,tenang dan gembira. Namun masih ramai yg menyangka kebahagiaan itu datangnya dari faktor kekayaan, kecantikan,dan segala macam lagi kenikmatan hidup di dunia .

Hakikat bahagia

Namun apakah pula hakikat bahagia? Terkadang saya tertanya apa itu erti bahagia yg sebenar?Erti bahagia dari kaca mata orang beriman. Teringat akan satu hadis yg berbunyi:

“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Adakah org yg hidupnya sering ditimpa dgn musibah dan ujian kehidupan itu tidak bahagia? Silapla anggapan kita jika berfikiran negatif begitu.Pada hakikatnya,memang ajaib sifat seorang mukmin itu,sungguh aneh apabila ujian kesusahan itu di mata org lain suatu beban tapi bagi org mukmin ujian itu adalah satu tanda kasih-Nya,perhatian dan tunjuk ajar dari Sang Pencipta kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya.

Sikap positif seorang yang beriman adalah satu anugerah dari Allah istimewa untuk mereka yang bersangka baik denganNya,menerima setiap yang datang dariNya dengan hati yang lapang.Orang mukmin yg mengharapkan redha Allah semata2 jiwanya tidak lemah jika disapa ujian kehidupan kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara yg kekal hanyalah kehidupan di akhirat dan mereka meyakini bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kehidupan hambaNya.

Yakin dgn aturanNYA..

Yakinlah bahawa jika Allah yang uruskan urusan kita ..mengaturkan kehidupan utk kita..apa yg org ramai sangka kekalahan,kita akan melihat ianya satu kejayaan, satu keuntungan..

Bagi mukmin cukuplah Allah bg mereka ( 3:173) .mereka tidak gentar berhadapan dengan apa jua keadaan kerana mereka ada Allah sebaik-baik Pelindung.Dialah sebaik2nya tempat diserahkn segala urusan, diadukan setiap masalah,tempat memohon pertolongan .

Bersyukurlah..

Bersyukurlah kerana kita sudah memperoleh nikmat yg besar,yaitu nikmat Islam dan Iman.Kita sering lupa akan nikmat ini kan?

' Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari ( nikmat Allah ) ' 14:34

Ternyata,apa yg Allah kurniakn pd kita lbh drp harapan kita..besarnya nikmat yg kita ada sekarang.


Maka, bersabarlah wahai orang yg diberi ujian, sesungguhnya setelah kesusahan itu akan datang kesenangan. fahamilah hakikat bahagia .janganlah bersedih krn Allah sentiasa bersama kita (9:40).Mari melihat dunia ini dari dimensi akhirat...:)


~ummu muaz~

Friday, February 11, 2011

terima kasih ibu..T_T

Kedengaran tangisan si anak kelaparan..seperti biasa si ibu bergegas mmbuat susu tidak mahu anaknya menangis lama2..sayang,sayang sgt si anak. Saat mmberi susu ialah saat yg indah interaksi antara anak dan ibu..saat itulah, harapan dan doa seorang ibu biasanya dibisikkan utk anaknya, saat ketika menatap wajah kecil yang tidak tahu apa2 itu, soo innocent..ibarat kain putih ,putih bersih yg prlu dicorakkn..bagaimana coraknya kelak? ya, kami yg perlu mencorakkannya..

Allah..mataku tiba2 bergenang...aku cuba sorokkn wajahku itu drp kelihatan oleh ibu yg dtg kelibatnya dr dapur tapi lebih pantas dia boleh mntafsir bahasa wajahku lalu dtg mndekati..

'xpe..jangan risau..semuanya ok kalau dlm jagaan ma' katanya.
'ma jaga mcm anak ma sendiri' sambungnya lagi...

tak panjang,cuma dua ayat, tetapi dua ayat inilah yg sampai sekarang ini masih terngiang2 di telingaku...kata2 ikhlas dr seorang ibu yg sangat memahami..kata2 yg mnjawab segala resah dlm hati.kata2 yg mnjanjikan ketenangan setiap kali diingati..genangan air mata makin melimpah sehingga tidak mampu di tampung lagi..akhirnya tertitis mengalir juga ke pipi..

semoga Allah melindungi dan merahmati ibu saya, Zaimah binti Mahmod.