Alhamdulillah..masih ada lagi rasa untuk saya mengupdate blog yg dh lama tak aktif ni. timbul satu rasa yang tidak menyenangkan diri utk berkongsi apa2 cerita mengenai diri,tapi saya teringatkan pesanan suami yang menggalakkan sy menulis jika saya rasa ingin berkongsi masalah,katanya saya akan rasa lega setelah meluahkan sbb dia tiada di sisi untuk mendengar setiap keluhan dan masalah sy.Mungkin tak ramai tapi saya menyedari bhw ade sebilangan sahabat2 yg sering singgah ke blog sy. Concern saya pada mereka mmberi motivasi utk sy mgupdate blog ini.
Minggu lps adalah minggu yg sgt mencabar jiwa seorang ibu apabila mengetahui anaknya tidak sihat di saat dia berada jauh dan tidak mampu utk membantu anaknya.Mendengar cerita dan berita dari keluarga di Malaysia mengenai Muaz cukup meruntun jiwa keibuan sy ..Allah,sungguh hy seorang ibu memahami perasaan sy..
Muaz mengalami selsema dan batuk ,suami bergegas ke klinik dan muaz diberi ubat selsema dan batuk. sy berasa tidak senang dgn tindakan doktor yg mmberi ubat yg byk side effect kpd bayi yg berusia bwh dua tahun dan menasihatkan suami utk berhenti mmberikan ubat tersebut kpd muaz .semakin hari semakin teruk sehingga dia ada masalh untuk minum susu . Suami sy mmbuat keputusan utk berjumpa pakar dan setelah dibuat pemeriksaan doktor mmberitahu muaz mungkin terkena acute bronchiolitis . Dia kemudian ditahan di ward,diberi oxygen supply untuk mengembalikan tahap oxygen dalam darahnya yg kurang serta diberi infusion krn dehydration di hospital pakar perdana . Doktor mengesahkan muaz menghidap acute bronchiolitis dan setelah dibuat xray disahkan tiada pneumonia.
Acute bronchiolitis mungkin biasa pada bayi full term tapi ianya lebih teruk jika berlaku pada bayi pramatang krn mereka lebih sensitif dan lebih cenderung utk mndapat penyakit berjangkit. itulah yg mmbuatkan sy tidak tenang selagi muaz tidak keluar dari hospital.bimbang jika ada komplikasi2 yg akn timbul.
Sy ingin berterima kasih kpd suami yg byk menolong saya dlm menjga anak yang sepatutnya mnjadi tanggungjawab saya,pada keluarga mentua dan keluarga sy sendiri yg byk menenangkan hati saya ketika sy tidak merasa tenang untuk menghadapi saat2 itu. Allah sahaja mengetahui perasaan rindu dan cinta seorang ibu pd anaknya.
Terima kasih juga pd sahabat2 yg concern dan bertanya serta mendoakan sy dan anak. Sungguh doa dan motivasi dari sahabat2 sedikit sebanyak mmberi kekuatan dlm sy mnghadapi ujian hidup berjauhan dgn mereka yg tersayang.:)
zilla d insyiroh
3 comments:
Ya Allah kurniakan kak zila kekuatan untuk menghadapi situasi ini.
inshaAllah. Semoga ALlah memberi terbaik utk kak zila, suami dan keluarga ;)
Tabahnya hati kak zilla.. Moga Allah berikan perlindungan buat Ibu ini dan Anaknya..
Saya biasanya tidak posting dalam Blog tapi blog Anda memaksa saya untuk, bekerja luar biasa .. indah ...
Post a Comment