Tuesday, March 16, 2010

Migrain:Perubatan Secara Nabawi

bismillahirrahmaanirrahim..


Go to fullsize image

Terasa berdenyut2 di dahi, pelipis ( bahagian kepala atas hidung dan telinga) dan terasa berat di sekitar mata sebelah kanan. Kesakitan ini menjalar ke leher, bahu dan berakhir setelah beberapa jam.Jika serangan itu kuat, pasti seseorang itu tidak mampu utk berbuat apa2 pun.

Sakit ini merujuk kpd migrain. Mungkinkah berdasarkan hadis ini migrain boleh disembuhkan dgn berbekam?

Seorang khadam Rasulullah s.a.w mengatakan: Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah s.a.w ,melainkan baginda mengatakan ' Berbekamlah' , dan tidak juga rasa sakit di kedua kakinya melainkan Baginda bersabda , ' Pakaikan inai pada kedua- duanya.'(Sahih Sunan Abi Daud )

Sabda Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan daripada Abu Darda', maksudnya:" Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan menyediakan bg setiap penyakit ada ubatnya. Maka beubatlah dan jgn beubat dgn unsur yg haram," (Riwayat Abu Daud)

Bagaimana perubatan secara nabawi?

1 Mengikat kepala

Daripada Ibn Abbas r.a, bhw Rasulullah s.a.w. berkhutbah kpd kami dlm keadaan kepala baginda diikat.
Dalam satu hadis sahih disebut saat Rasulullah sakit menjelang wafat ,Baginda bersabda yg bermaksud: "Aduh kepalaku!" Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit. ( Riwayat al- Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad )

2. Rileks dan berdiam diri

Syeikh Dr.Muhammad Musa Al- Nasr menyebut dlm bukunya bhw Imam Ahmad telah meriwayatkan hadis daripada Buraidah bhw Rasulullah s.a.w mungkin mengalami migrain sehingga Baginda berdiam diri sehingga satu atau dua hari dan tidak byk berkata2.
Teknik ini dipercayai mampu menghindarkan serangan migrainapabila terdapat tanda2 awal.Tidur dan rehat secukupnya merupakan ubat yg paling mujarab.

3. Berbekam

Daripada Salma seorang khadam Rasulullah s.a.w mengatakan:" Tidak seorang yg mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah s.a.w melainkan Baginda mengatakan ,' Berbekamlah' , dan tidak juga rasa sakit dikedua kakinya melainkan Baginda bersabda,' Pakaikanlah inai pd kedua2nya." (Sahih sunan Abi Daud)

Syeikh Dr.Muhammad Musa al- Nasr mengatakan:" Bekam dilakukan dikepala utk mengeluarkan bahan2 yg berbahaya pada bahagian atas badan. Sedangkan inai dilakukan pd kaki untuk mengeluarkan dan menarik zat2 yg rosak dari bhg bawah badan."
Diriwayatkan drp Anas Bin Malik r.a.: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam ketika Baginda berda dlm keadaan berihram drp rasa sakit sakit yg dirasakan di kepala Baginda." Sahih Ibn Khuzaimah dgn tahkik al- Azhami (IV/187)

Subhanallah, begitu hebat sekali cara perubatan yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.Dengan berbekam sahaja badan seseorang akan terasa lbh segar, kepala terasa ringan dan pandangan menjadi lbh jernih. Pesakit migrain yg diserang sakit kepala setiap 1-2 minggu tidak lagi menderita selama 3-4 bulan bahkan mungkin sembuh sepenuhnya dgn izin Allah s.w.t.Inilah rahsia perubatan nabawi yg menkjubkan. Tanpa ubat dan tanpa kesan sampingan. Wallahualam..

petikan dari Majalah solusi..


Alhamdulillah, berjaya juga menaip sedikit petikan dari artikel ni.Saya nak berkongsi tips nabawi ni ngn sesape saja yg mempunyai migraine..InsyaALLAH nk cuba amalkan cara ni,dan ade juga diantaranya sy dh amalkan ,seperti berdiam diri dan rehat.Saya harap kawan2 memahami kalau sekiranya sy sering tidak byk berckp tambahan pula sy ni bukan berpersonaliti ' talkative':). semoga dgn izinNya dpt mengurangkan serangan migrain ni..

1 comment:

Nadiah Arisya said...

InsyaAllah..bgus juga ye dpt kongsikan ilmu ni..
Akhirnya dpt juga sy tau cara nak ubati migrain ni..
Minta izin copy post ni ye..