Saturday, May 30, 2009

Kaedah-kaedah menuju Bahagia..

1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana- mana. Seterusnya ,semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedudukan anda akan menjadi lebih banyak.Inilah makna sabda rasulullah saw.


“Bila engkau berada pada pagi hari,jangan menunggu datangnya petang hari.

Bila engkau berada pada petang hari,janganlah menunggu datangnya waktu pagi.”


2. Lupakan masa lalu dan semua yg pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa laludan sesuatu yg telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.


3. Jangan menyibukkan diri dgn masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan sehingga ia datang dengan sendirinya.


4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan.teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya, dan sedarilah bahawa kritikan itu alkan mengankat diri anda setara dengan kritikan tersebut.


5. Berimanlah kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yg baik dan bahagia.


6. Barangsiapa menginginkan ketenangan,ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah..


7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yg terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadhar Allah.


8. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.


9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan yg terburuk.


10. Kemungkinan yg terjadi itu ada baiknya utk diri anda.


11. Semua ketentuan Allah bg seorang muslim adalah baik bgnya.


12. Berfikirlah tentang nikmat lalu bersyukurlah.


13. Percayalah apa yg anda miliki jauh lbh byk drp yg dimiliki org lain.


14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.


15. Dengan musibah hati akan tergerak utk berdoa

Bersambung...


~bedah buku~


Friday, May 29, 2009

Jauh pd jarak dan masa tp bukan hati..


Jauh - Mirwana

(Verse 1)
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih

Doaku semoga dirimu bahagia

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama kasih kita dan cinta

(Verse2)
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua

Doaku semoga dirimu sejahtera

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

(Bridge)
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama

(Repeat Chorus)

Bersama kasih kita dan Cinta

(Chorus kanak-kanak)
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya

sy suka lagu2 mirwana..one of them is this one.
habibi,this is for u..=)

Thursday, May 28, 2009

Kesombongan..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." Maka seseorang berkata: "Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?" Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya." - (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Negeri
Akhirat itu (kebahagiannya dan kenikmatannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi."

Surah Luqman; ayat 18;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Nota 1: definisi sombong= menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.

nota 2:pakaian indah tidak semestinya bermaksud kesmbongan,tp kene pastikan ianya menutup aurat.:)

Nota 3: nauzubillah..minta dijauhkan dr kesombongan.p/s kengkawan kalu sy xtgur dijalanan itu bukan sy ni sombong tp mungkin sy xternmpk sbb memilih utk tidak memakai cermin mata kecuali pd masa2 tertentu.(jaga mata:P).


'ya Allah,kami berlindung kpdMu dr rasa gundah dan sedih,kami berlindung dr sikap lemah dan malas,kami berlindung dr sikap kikir,pengecut, dari tekanan hutang,dan kejahatan orang2 yg jahat.'

Saturday, May 02, 2009

Seni..

Dlm minggu ni sahaja ade dua filem yg sy tonton.alhamdulillah ade nilai2 baik yg begitu terkesan..indahnya seni apabila diolah dlm nilai islami..kebanyakan cerita2 yg berunsur islami ini adalah hasil karya indonesia ttp itu tak penting yg penting tema dan mesej yg ingin disampaikan.(sedang boikot cite2 hantu malaysia.byk sgt..haih) selamat nonton ya..tp jgn lupa study..:)





apa yg baik bleh diambil apa yg dirasa kurang baik n tidak baik boleh ditolakkk jauh2..ok?:) selamat maju jaya.