Saturday, February 28, 2009

Unik

~hazilla's photo~

Kehidupan adalah refleksi dr apa yg kita fikirkan. Maka semua yg kita hayati dan fikirkan akan mempengaruhi kehidupan seharian sama ada ketika bahagia mahupun sengsara. Orang yg biasa menempatkan dirinya dalam kesedihan akan tetap berada dlm kesedihan walaupun sedang tidur di atas di atas sutera yg lembut.

Kita hidup dlm keterbatasan fikiran kita sendiri dan dgn skrip dan jalan cerita hidup kita yg unik,oleh itu,betullah jika dikatakan jika kita meleburkan diri utk meniru keperibadian hidup org lain dan berada dlm keperibadian org maka kita menuju kepada pembunuhan identiti diri sendiri.

Diantara salah satu kebesaran Allah swt. adalah perbezaan sifat yg ada pada manusia dan perwatakan yg mereka miliki serta perbezaan bangsa dan warna kulit.Subhanallah,everyone of us is unique!! oLeh itu,bersyukurlah krn anda adalah anda!!

~sekian~

Ya Allah,Tuhan yang mengetahui segala yg ghaib dan yang nampak,yyg menciptakan langit dan bumi,yg mnciptakan segala sesuatu dan pemilik segalanya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain engkau.Aku berlindung kepadamu dari kejahatan diriku sendiri dan kejahatan syaitan serta sekutu2nya. Dan aku berlindung kpdMu utk tidak berbuat jahat terhadap diriku sendiri dan tidak melakukan kejahatan.

Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat




Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis ini menerangkan bahawa:

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.
Huraiannya:

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.

pengajaran:
-besarnya nilai niat krnNya dlm setiap gerak kerja kita,kerja yg sama tp niat yg berbeza walaupun dgn hasil yg sama tidak bererti nilai disisiNya sama.
- tanamkan dlm diri utk sentiasa memasakkan niat krnNya dlm setiap amal kita.
- tiada guna tingginya penilaian amal kita di sisi manusia sedangkan ianya tidak dinilai pon disisiNya..

Friday, February 20, 2009

kill ignorance...

A Wise Man was Once asked: "How can time, fear & Ignorance be killed ? "
He Answered: "Read"




Read! In the Name of your Lord Who has created
(all that exists). Quran 96:1


http://freedocumentaries.org/theatre.php?id=879&wh=1000x720



Thursday, February 19, 2009

di sisimu ada Dia..


Dia sayang kamu..
saya pon sayang kamu..
kita semua milikNya..
marilah kita kembali pdNya ..

2:155-156




Tuesday, February 17, 2009

Usia dan Masa

~the ladies on a flower~

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah dikurniakn nikmat yg tidak terhitung byknya.diberi ujian utk dipelajari dan dicari rahmat disebaliknya.kini usia makin bertambah maka langkah menuju tarikh yg ttp itu telah berkurang, masa yg diperuntukkan utk berteduh di bwh pohon rimbun dunia di mana tmpt persinggahan manusia sang musafir tlh berkurang.masih ingin berehat?masih belum hilang penat?jgn tidur..masih jauh perjalanan kita.pohon ini bukan destinasi kita.kita manusia akhirat..silaplah org yg sepenuh hatinya bersenang utk dunia..silaplah kita jika sekiranya tidak nmpak akan hakikat perjalanan ini.

sedar tak sedar jika direnung ke belakang begitu cepat sekali masa meninggalkan kita..tapi jika dijenguk pulaa ke depan terasa jauh lagi perjalanan kita samalah spt apa yg kita rs jika kita menaiki satu kenderaan menuju ke tempat yg kita xpernah sampai sblm ini ,kita rasa lamanya masa yg diambil utk sampai,tapi apabila kita pulang melalui jalan yg sama kita rskan ianya lbh cepat..semoga perjalanan ini sentiasa disuluh walau gelap,walau terang pd pandangan mata insani..semoga tidak sesat diperjalanan..

nasihati diriku..~~

jazakumullah habibi n sisters yg bt surprise birthday party..terharuu sgt2.jzkk utk yg mendoakan.ameen3.dua tahun berturut2 pd 15hb feb sy tak berada di prague..tahun lepas di hradec n tahun ni di ireland..sronok sgt tp sayu sbb xleh nk call mak sy hari tu ,the person yg xsabar nk wish hari lahir saya..:i