Thursday, May 29, 2008

jun..



JUN..begitu byk kenangan..
kubersyukur krn telah melalui JUN yg lalu..
kini JUN yg lain pula kuhadapi..
hari lahir ibuku..
hari yg bersejarah itu..
hari-hari perjuanganku..
dan hari-hari yg penuh pengharapan..

JUN..akan kusambut dgn penuh ceria..
moga JUN ini adalah lbh baik..
moga ia dipenuhi sinar bahagia..
moga ia mnjadikan hari-hariku bermakna..
moga ia sentiasa buatku dekat pdMU..

2 jun..exam oral biochem
4 jun..hari penuh makna
12 jun..hari lahir ibu..
24 jun..exam oral physio
doakan kejayaan bersama..=)

'ya Allah..tiadalah sesuatu perkara itu mudah melainkan Engkau yg memudahkannya..'

semoga dipermudahkan segala urusan kita semua..dan semoga usaha kita mendapat ganjaran disisiNYA..

'Ya Allah kurniakanlah kami lisan yg lembut basah mengingati dan mnyebut namaMU,hati yang sentiasa mnsyukuri nikmatMU,serta badan yg ringan mnyempurnakan ketaatan perintahMU,Ya Allah,kurniakanlah kami iman yg sempurna,hati yg khusyu',ilmu yg berguna,keyakinan yg benar2 mantap.Kurniakanlah kami cara hidup yg jitu dan unggul,selamatkanlah kami dr segala bahaya dan malapetaka.Kami memohon kecukupan yg tidak sampai kami(terpaksa meminta drp org lain).Berikanlah kami iman yg sebenarnya sehingga kami tidak lagi takut atau mgharap kpd org lain selain drp Engkau.Limpahkanlah rahmatMu ke ats kami,keluarga kami serta sesiapa shj yang bersama kami.Jangan kau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri,walaupun sekadar sekelip mata ataupun sekadar masa yg pendek drp itu.Wahai tuhan yg paling mudah dan cepat mmperkenankan permintaan.(perkenankanlah).Selawat dan restu Allah utk junjungan kami Muhammad,Nabi yg Mulia,kpd baginda dan para sahabat baginda semuanya..'

Sunday, May 18, 2008

KENAPA KITA DIUJI..


-gambar di sebuah kedai bunga di Palladium =)-

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)



RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)



“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


Assalamualaikum..ni entry sempena musim exam kt UK,kt Czech,ireland,mesir..semua tgh bersahabat dgn buku dan nota2 sampai kekadang hak pada diri terabai..semoga musim peperiksaan bukanlah suatu musim yg kita benci kehadirannya malah biarlah ia mnjadi suatu musim tarbiah di mana pada masa ini lah kita benar2 rs bahana ujian dan kita sedar yg diri ini lemah serta perlu meletakkan segala pergantungan pdNYa..muhasabah diri moga sentiasa mengingati ujian hakiki yg jauh lbh besar..ujian insan lain yg lebih berat..mari kita didik diri kita supaya sabar kerna sabar adalah jalan keluar bg orang yg tidak ketemu jawapan..artikel kat ats tu dulu pernah dpt masa kat kolej.n tampal kat dinding.lupe plak dr mane..n dun let urself terbawak2 ngn rs stress..cari butang hijau anda..mcm sy..pagi td..punyelah xde mood nk study sbb xsampai separuh jalan lg study ..terasa masa begitu mengejar..jam 8.45 pagi sy naik tram no.24 tanpa arah tujuan ke mana hendak pergi.sy study dlm tram..huhu.tgk2 permandangan..alih2 dh sampai terminal station.xtau tang mane..suatu hobi yg ntah ape2..huhu.semoga kita sentiasa bersemangat utk berusaha..!!

Wednesday, May 07, 2008