Friday, May 29, 2009

Jauh pd jarak dan masa tp bukan hati..


Jauh - Mirwana

(Verse 1)
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih

Doaku semoga dirimu bahagia

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama kasih kita dan cinta

(Verse2)
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua

Doaku semoga dirimu sejahtera

(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

(Bridge)
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama

(Repeat Chorus)

Bersama kasih kita dan Cinta

(Chorus kanak-kanak)
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya

sy suka lagu2 mirwana..one of them is this one.
habibi,this is for u..=)

Thursday, May 28, 2009

Kesombongan..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." Maka seseorang berkata: "Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?" Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong." - (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya." - (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Negeri
Akhirat itu (kebahagiannya dan kenikmatannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi."

Surah Luqman; ayat 18;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Nota 1: definisi sombong= menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.

nota 2:pakaian indah tidak semestinya bermaksud kesmbongan,tp kene pastikan ianya menutup aurat.:)

Nota 3: nauzubillah..minta dijauhkan dr kesombongan.p/s kengkawan kalu sy xtgur dijalanan itu bukan sy ni sombong tp mungkin sy xternmpk sbb memilih utk tidak memakai cermin mata kecuali pd masa2 tertentu.(jaga mata:P).


'ya Allah,kami berlindung kpdMu dr rasa gundah dan sedih,kami berlindung dr sikap lemah dan malas,kami berlindung dr sikap kikir,pengecut, dari tekanan hutang,dan kejahatan orang2 yg jahat.'

Saturday, May 02, 2009

Seni..

Dlm minggu ni sahaja ade dua filem yg sy tonton.alhamdulillah ade nilai2 baik yg begitu terkesan..indahnya seni apabila diolah dlm nilai islami..kebanyakan cerita2 yg berunsur islami ini adalah hasil karya indonesia ttp itu tak penting yg penting tema dan mesej yg ingin disampaikan.(sedang boikot cite2 hantu malaysia.byk sgt..haih) selamat nonton ya..tp jgn lupa study..:)





apa yg baik bleh diambil apa yg dirasa kurang baik n tidak baik boleh ditolakkk jauh2..ok?:) selamat maju jaya.

Monday, April 27, 2009

Awatif yg aman

-winter at starometska


bismillahirrahmanirrahim..

'Rasa aman adalah keperluan yg diakui dan rasional'

Mmbaca tajuk diats di dlm sebuah buku ,kepala terus mengangguk2..benar bukan?walaupun mknn byk terhidang,duit yg byk di dlm bank,dikelilingi org tersayang namun jika hati gelisah dan tidak aman,segalanya tidak bermakna.

Hati yg aman adalah hati yg disertai kualiti keimanannya,kedalamannya utk menyelami kebenaran,dan kualiti keyakinannya.

rumah yg aman adalah rumah yg tidak menerima hal-hal yg tidak benar,rumah yg sellau diliputi ketenangan,dan yg mnjdkan burhan rabbani sebagai acuan penghuninya.

Sedangkan umat yg aman adalah umat yg digalang di atas rasa cinta,umat yg dibangunkan di ats prinsip keadilan,dan umat yg memilih syariat sbg jalan hidupnya.

Orang yg takut tidak akan pernah merasa tenang .org yg mengingkari keberadaan Allah tidak akan pernah merasa aman.

'jadikan hati kita sebesar kolam bukan hy sebesar cawan'



=bedah buku=
~nasihati diriku~

Tuesday, April 21, 2009

'dunia baruku'

bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya,tergerak gak nk update blog yg dh lama berkarat ni..org lain pon bizi jugak tp sempat je nk update blog..entry kali ni berkisar kisah hidup hampir sebulan yg lalu di mana sy mmg bizi nk handle pasal rumah baru.Call agent,pegi situ,pegi sini gayanya mcm bussinesswoman pulak.hidup berdikari tidak begitu kekok bg seorang yg mmg lasak mcm saya..mungkin org di luar sana yg masih belum mengenal siapa diri ini terasa bimbang di kala sy mengambil keputusan utk tinggal bersendirian,definisi lasak tu mungkin certain org je paham jika mereka mengenal asal usul diri sy dr keluarga yg biasa2.Tidak putus2 dr mulut rakan2 'tidak takut dan bosan ke tinggal keseorangan?' tp sy balas soalan mereka dgn senyuman..tp terkadang sy bimbang kalau2 ada suatu perkara yg tak kena dgn diri ni ataupon org lain yg sedang concern pasal saya..sy nk ucap terima kasih kpd rakan2 yg memahami,yg selalu mengambil berat dan sy rasa gembira kerana kasih sayang org2 disekeliling dan tak lupa buat zauji,sape lagi org yg paling risau kat dunia ni kalau apa2 jadi ngn saya tentulah si suami yg sy syg sgt tu..walaupon berjauhan tapi die telah mengikat hubungn ini dgn rs kebersamaan yg luar biasa..alhamdulillah wasyukurillah..



Apa jua yg mendatang sy cuba utk harungi..kini sudah hampir sebulan berada di kediaman baru..mungkin baru dua minggu keseorangan kerana minggu pertama ditemani hubby.terima kasih kerana mencipta suasana yg comel kt rumah ni di kala sy melangkah ke 'dunia baru'.tiada apa sgt pon yg menarik yg ingin diceritakan cuma ingin meluahkan rs terima kasih.

Hari ni sungguh 'kelakar' dikala bergegas utk ke kelas sy bt pertama kalinya terserempak dgn jiran yg merupakan seorang pak cik tua.kelihatan terkejut melihat wanita berscarf dan memakai skirt.mintak maaf pak cik,tak berniat sy nk bt pak cik terkejut.tp tu la kan,kita jiran rupanya..pergi ke kelas dgn niat ingin mengambil suatu yg baru pada hari ini tetapi batuk saya tiba2 buat hal.dia meragam dan seolah2 tidak mmbenarkan sy mengikuti pelajaran surgery.sy pulang ke rumah setelah hanya berjaya duduk di dlm kelas hy 15 minit shj.kejadian di kelas surgery mmbuat sy 'trauma' utk ke kelas sebelah ptg.Skrg sy sedang mencuba ubat yg ke -3. harap2 kali ni menjadi.kalo xjadi jugak,terpaksa la mengadap si doc jugak (tu yg malas tu).



~tiada sesuatu yg baik melainkan apa yg baik disisiNya~

hadis 36:
Dari Abu Hurairah r.a,Nabi saw. bersabda, "Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat,barangsiapa memudahkan urusan (mukmin) yg sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan diakhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah akan sentiasa menolong sorang hamba ,selama hamba itu menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh perjalanan utk mncari ilmu maka Allah akan memudahkan bgnya jalan menuju syurga.Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah2 Allahutk mmbaca kitab Allah dan mmpelajarinya bersama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman,rahmat Allah akan menyelimuti mereka,dan Allah akan memuji mereka di hadapan para malaikat yg berada disisiNya.Barangsiapa amalnya kurang,maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.

hadis riwayat muslim


hazilla
~dr teratak awatif~

Thursday, March 12, 2009

Brocolice a jsem..




Brokoli..satu2nya sayur yg saya xsuka makan ketika mula2 mnjejakkan kaki di czech or even di Malaysia(ade ke brokoli kt m'sia?xpernah tgk lak kt pasar).Pernah sekali sy beli brokoli yg paling kecil di pasaran tp saya tidak berjaya utk mnghabiskannya..mungkin krn mind set saya utk tidak menerima sayur yg diberi nama brokoli tu mmbuatkan secantik mana pun brokoli tu ia tidak menarik minat sy utk memakannya...mmg saya cerewet dlm memilih makanan.satu lagi sayur di malaysia yg sy xgemar adalah terung.walaupun terung tu colour purple which is my favourite color,sampai skrg sy tidak mggemarinya..ditakdirkan sy dibiasakan dgn brokoli setelah mula masak sama2 ngn housemates dan skrg sy boleh makan brokoli dgn jayanya.Terima kasih kpd housemate krn tak jemu2 masak brokoli sampai sy dh xde pilihan lain selain perlu makan sayur pilihan majoriti itu.=P.Entah apa la first impression saya pasal brokoli ms dulu2 tu mmbuatkn sy tak suka..tapi byk juga kelebihan brokoli ni,bukan saja sumber vitamin c tapi ia juga mempunyai sumber anti-cancer nutrient..

nota 1 : Dalam kehidupan..banyak benda dan perkara yg mungkin tidak menarik minat kita tp kita terlepas pandang akan kebaikan di sebaliknya..sejauh manapun kebaikannya kita tidak cenderung utk menrimanya jika awal2 lagi kita menolak utk menerima.kenyataan yg saya ketengahkan ini agak umum tp mungkin sudah terlukis di minda kita sekarang apa contoh2 dlm kehidupan kita yg memungkinkan kenyataan di atas benar sekali..mari berfikir..

nota 2:tiada satu perkara pon yg baik kecuali apa yg baik di sisiNya..


Sunday, March 08, 2009

Permata kami


lagu rindu bt yg tersayang..

dedikasi utk ma,mama,mok dan papa
semoga semuanya sihat2 dan bahagia selalu..
ingat kami dlm doamu..
semoga Allah memberkatimu dlm setiap helaan nafasmu..

drp anak2mu:

ae&nor

p/s:if there is a song that can describe what i feel,this one is really true..=)

Saturday, February 28, 2009

Unik

~hazilla's photo~

Kehidupan adalah refleksi dr apa yg kita fikirkan. Maka semua yg kita hayati dan fikirkan akan mempengaruhi kehidupan seharian sama ada ketika bahagia mahupun sengsara. Orang yg biasa menempatkan dirinya dalam kesedihan akan tetap berada dlm kesedihan walaupun sedang tidur di atas di atas sutera yg lembut.

Kita hidup dlm keterbatasan fikiran kita sendiri dan dgn skrip dan jalan cerita hidup kita yg unik,oleh itu,betullah jika dikatakan jika kita meleburkan diri utk meniru keperibadian hidup org lain dan berada dlm keperibadian org maka kita menuju kepada pembunuhan identiti diri sendiri.

Diantara salah satu kebesaran Allah swt. adalah perbezaan sifat yg ada pada manusia dan perwatakan yg mereka miliki serta perbezaan bangsa dan warna kulit.Subhanallah,everyone of us is unique!! oLeh itu,bersyukurlah krn anda adalah anda!!

~sekian~

Ya Allah,Tuhan yang mengetahui segala yg ghaib dan yang nampak,yyg menciptakan langit dan bumi,yg mnciptakan segala sesuatu dan pemilik segalanya.Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain engkau.Aku berlindung kepadamu dari kejahatan diriku sendiri dan kejahatan syaitan serta sekutu2nya. Dan aku berlindung kpdMu utk tidak berbuat jahat terhadap diriku sendiri dan tidak melakukan kejahatan.

Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat




Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis ini menerangkan bahawa:

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.
Huraiannya:

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.

pengajaran:
-besarnya nilai niat krnNya dlm setiap gerak kerja kita,kerja yg sama tp niat yg berbeza walaupun dgn hasil yg sama tidak bererti nilai disisiNya sama.
- tanamkan dlm diri utk sentiasa memasakkan niat krnNya dlm setiap amal kita.
- tiada guna tingginya penilaian amal kita di sisi manusia sedangkan ianya tidak dinilai pon disisiNya..

Friday, February 20, 2009

kill ignorance...

A Wise Man was Once asked: "How can time, fear & Ignorance be killed ? "
He Answered: "Read"




Read! In the Name of your Lord Who has created
(all that exists). Quran 96:1


http://freedocumentaries.org/theatre.php?id=879&wh=1000x720



Thursday, February 19, 2009

di sisimu ada Dia..


Dia sayang kamu..
saya pon sayang kamu..
kita semua milikNya..
marilah kita kembali pdNya ..

2:155-156




Tuesday, February 17, 2009

Usia dan Masa

~the ladies on a flower~

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah dikurniakn nikmat yg tidak terhitung byknya.diberi ujian utk dipelajari dan dicari rahmat disebaliknya.kini usia makin bertambah maka langkah menuju tarikh yg ttp itu telah berkurang, masa yg diperuntukkan utk berteduh di bwh pohon rimbun dunia di mana tmpt persinggahan manusia sang musafir tlh berkurang.masih ingin berehat?masih belum hilang penat?jgn tidur..masih jauh perjalanan kita.pohon ini bukan destinasi kita.kita manusia akhirat..silaplah org yg sepenuh hatinya bersenang utk dunia..silaplah kita jika sekiranya tidak nmpak akan hakikat perjalanan ini.

sedar tak sedar jika direnung ke belakang begitu cepat sekali masa meninggalkan kita..tapi jika dijenguk pulaa ke depan terasa jauh lagi perjalanan kita samalah spt apa yg kita rs jika kita menaiki satu kenderaan menuju ke tempat yg kita xpernah sampai sblm ini ,kita rasa lamanya masa yg diambil utk sampai,tapi apabila kita pulang melalui jalan yg sama kita rskan ianya lbh cepat..semoga perjalanan ini sentiasa disuluh walau gelap,walau terang pd pandangan mata insani..semoga tidak sesat diperjalanan..

nasihati diriku..~~

jazakumullah habibi n sisters yg bt surprise birthday party..terharuu sgt2.jzkk utk yg mendoakan.ameen3.dua tahun berturut2 pd 15hb feb sy tak berada di prague..tahun lepas di hradec n tahun ni di ireland..sronok sgt tp sayu sbb xleh nk call mak sy hari tu ,the person yg xsabar nk wish hari lahir saya..:i

Friday, January 30, 2009

HaLaManku


puisi hasil nukilan seorang yg penat belajar di library ..
rentak puisi kekadang mggambarkan suasana dan keadaan hati si penulis..
adakah pambaca2 semua dpt mmbaca isi hati si penulis ini..
dia xlah sehebat si penulis lain..
tp dia merasakan ini adalah suatu cara utk mncari kepuasan..
hazihii sabilii..

sape2 yg rs ade kekurangan dlm penulisan ini,saya alu-alukan komen anda..=)

Saturday, January 24, 2009

Sunday, January 18, 2009

exam =??







tiap kali nk exam masa nilah time nk resah gelisah..adoh la..ssh btol nk hilangkan rasa cuak exam ni..kejap rs yakin kejap tidak.xpasal2 la org uk n org malaysia jd kene luangkn masa utk dgr masalah yg sama..xlalu nk mkn ,penat la..sakit kepala..mcm2 la syndrome yg dtg..tempias masalah sy kene gak kt org lain..kesian..sorry deh..sy terpikir,ade ke org yg xrisau pasal exam??kalo ada sy nk mintak tips la.. sy dh dpt tips ..ni slh satu ayat dia..

'awak takut ke awak xtakut ke exam tu dtg gak..'hehe...dlm maksud dia..
'awk lepas ke tidak bukannya sebab awk habis baca ke x..kalau Allah nk bagi,Dia akan bagi..'

hebat jugak dugaan kali ni..dua tiga hari ni migraine dtg tanpa diundang..tido berbelas jam mnjadi kebiasaan..nk buat mcm mana..ujian tuhan,sy redha..semoga dipermudahkan dlm peperiksaan nnt..semoga dikabulkan doa org2 yg tersayang..semoga diberkati masa yg ada..

kpd sahabat semua..selamat berusaha,hope that the embeded dreams will come true..=)..selamat mnghadapi musim peperiksaan..

moga kejayaan dan ilmu milik kita.


'wahai pemeliharaku,lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku, supaya mereka memahami ucapanku ' (20:25-28)

Monday, January 12, 2009

We will not go down!!



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight



thnx kak aisya for the link..

addua'+donate+boikot!!!!

Sunday, January 04, 2009

lets do our part..!!







120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ~ALBAQARAH


jom bantu mereka..jom menderma!!

http://www.humanappeal.org.uk/index.html

Tuesday, December 16, 2008

mengimbau kenangan silam..


aku menangis..sbb ikan mati?sungguh mudah hati ini tersentuh..mungkin jiwa keperempuanan dlm diri ini dh terlebih dose agaknya..ikan yg bernama 'norae' meninggal time sy sedang study dan bt otazky..hampir dua tahun berlalu sy bela dia.

bukan kisah ikan ini yg sebenarnya yg menyentuh lubuk hati sy,mungkin ianya sekadar penyebab.sy teringat kisah si anak yg kehilangan ayahanda kesayangannya yg meninggal dunia pd thn 1997. si anak sedang menjaganya ketika terbaring sakit sambil belajar matematik sukatan pelajaran darjah 5 disisinya..sambil ibunya sedang bertungkus lumus menyiapkan tempahan baju di ruang dapur..maka si ibu mmberi tanggungjwab pd anak perempuannya utk mnjaga si ayah yg sakit tenat ketika itu..sedang si anak asyik belajar,tetiba ayahnya kelihatan sesak nafas..lalu dipanggil ibu..'ma,knp abah tu?'ibunya trus brgegas mndapatkan si ayah dlm keadaan cemas..diajarnya mengucap.dan pd saat itulah hembusan nafas terakhir si ayah.innalillahiwainna ilaihiraajiuun..dlm usia 11thn ini si anak mengerti bhw ayahanda yg disayanginya br shj meninggalknnya bt selama2nya..
kisah ini bukan kisah siapa..kisah ini ialah kisahku..

semoga roh ayahanda sentiasa dicucuri rahmat,semoga dia tergolong di kalangan org2 yg soleh,,semoga doaku sampai pdnya..
ayahanda yg dirindui,mat hasan bin mat ali..

kematian..ya,ianya pasti!!sudah cukupkah bekalanku utk mghadapinya??bagaimana jika terbitnya matahari pg esk aku sudah tidak ada lg didunia ini..??

'kulihat dunia ini sekalipon menyenangkan
tak ubah seperti awan di musim panas
dlm waktu sekejap ia pergi tanpa kesan'

Thursday, December 11, 2008

berjalan tenang dgn satu mata..


kenangan majlis reception 170808
There were so many questions asking me abt marriage life?n now im here to answer most of the question=)..my situation is quite rare as im experiencing the PJJ or aka perkahwinan jarak jauh.here are some of the questions..=)

-hows life after marriage?
-tak rindu hubby ke?
-zilla xrasa ke nk suh husband duk dkt?
-kuatnye awk bleh berpisah ngn husband..xrindu ke?


alhamdulillah kehidupan slps berkahwin byk mengajar erti hidup,erti tanggungjawab,erti kesusahan..PJJ bukan satu perkara yg mudah..sy boleh katakan ia seperti anda berjalan dgn satu mata sahaja sedangkn mata sebelah lg ditutup..bile tiba masa dua2 mata itu dibuka terasa begitu cerah dan indah sekali dunia ini...and its true to say that im nervous when its time to see him..

tp apa yg harus dilakukan oleh org yg menggunakan satu mata semestinya dia sentiasa perlu berhati2 dlm setiap langkah perjalanannya..perlu lbh berjiwa besar ..perlu kuat hadapi segala cubaan sendirian dan sy sedang berusaha ke arah itu..tp syukur,dikurniakNya suami yg kata2 nya sahaja mampu mmbangkitkan semangat jiwa..senyumannya sahaja mmpu mghapuskan ketegangan..he complete me,he is my motivator,my dad,my teacher,my friend,my vitamin..=)

alhamdulillah, diberi peluang hidup di dlm dua 'alam' .alam sahabat dan alam 'husband and wifi'..penuh hikmah disebaliknya yg sy perlu fikirkan..sy gembira bersama sahabat dan bhagia bersama suami..i should grab this chance to be the 'superwoman'=).

knp kawin awal?hurm yg tu sy pon xreti nk jawab..alhamdulillah a'la kulli hal..

'Dialah yg menciptakan kalian dari jiwa yg satu dan Dia jadikan dari jiwa yg satu itu pasangannya agar ia merasa tenang kepadanya' Al-a'raf:189

la ni kami bhagia bersama di ruang rindu ,webcam n internet call..=)..bg saya cukup alam maya itu utk dirasakan seprtimana realiti..dan realiti pula satu nikmat yg begitu besar..alhamdulillah

semoga kami diberi kekuatan ,dicerahkan kamar kesabaran dan semoga setiap pengorbanannya terhadap sy dan juga sekecil pengorbanan sy utk mmbahagiakan dia sentiasa di dalam perhitunganNya,semoga takdir pertemuan ini memudahkan perjalanan kami bertemu dgn pemilik hakiki kpd hati2 kami..

i miss him every single second but his advices do keep me up..bak katanya 'even 45 minit pon dh rs lame..'

after all..i recommend marriage..=D

Sunday, December 07, 2008

Kembara Ilmu..


Kembara Ilmu - Suhaimi

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

mari hayati lirik nasyid..=)insyaALLAH akn dpt manfaat