Sunday, June 06, 2010

my masjid..

bismillahirrahmaanirrahim..

assalamualaikum..

alhamdulillah berjaya juga menjengah ke blog sendiri setelah bergelar ummi kepada permata hati kami, mu'az firdausi. bersyukur ke hadrat ilahi dikurniakan cahaya mata pelengkap keluarga.

kelahiran anak pertama sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan. mu'az firdausi lahir pd umurnya hy 26 minggu 6 hari, lahir di kala ummi dan papanya masih belum bersedia sepenuhnya utk menjemput kedatangannya yg dijangka 3 bulan lg..sudah tertulis anak ummi dan papa ni mahu melihat dunia seawal 13 minggu. sy percaya dan yakin inilah yg terbaik buat kami.kami redha dgn apa yg berlaku..

pengalaman mengandungkan mu'az suatu pengalaman yg sgt menyeronokkan walaupun sepanjang kehamilan suami tidak selalu berada di sisi..rindu pula saat2 kehamilan.saat melihat mu'az dlm screen ultrasound,gerakan2nya yg bisa menitiskan air mata kesyukuran.kini,mu'az sudah berada di depan mata,akan dibesarkan didalam inkubator selama lbh kurang 2 bulan.dan ummi pula boleh jumpe mu'az setiap hari,menatap wajah dan memangku mu'az, membacakan ayat2 Al-Quran,dan berborak2 dgn mu'az .ia menjadi rutin harian yg begitu menyenangkan..begitu bersyukur dgn nikmat perasaan ini..

itu naluri ibu,ya aku seorang ibu kepada mujahid kecil yg berjuang diawl kelahirannya..yg setiap masa mahu mencari kekuatan buat bekalan harian.

dr pihak keluarga kecil kami,ingin meluahkan rasa terharu dan bersyukur di ats sumbangan dan do'a mereka yg begitu prihatin dgn keadaan mu'az..semoga jasa dan pengorbanan kalian di balas dgn ganjaran yg lbh baik..

ummu mu'az

No comments: