Monday, January 21, 2013

Muaz Firdausi now..2 y 8 months

Assalamualaikum wbt..

Its been too long since my last post,almost a year!..hehe.
Terasa nk share perkembangan  anakku  yg teristimewa Muaz Firdausi.
Alhamdulillah, dh hampir 6 bulan Allah bagi peluang mnjadi ibu yg sebenar2nya untuk Muaz . Bulan pertama kena reject oleh anak sendiri...oh sedih sgt masa tu :).tiba-tiba fikir,macam ni rupanya perasaan kena reject oleh anak sendiri..hehe .mungkin pada dia kenapa tiba-tiba ada orang  lain jaga dia dan cuba rapat dengan papa dia.

19 Januari 2013 genap usia muaz 2 tahun 8 bulan. Secara keseluruhan dia sihat cuma dia nampak kecil sikit dari usianya tapi dia aktif je mcm kanak2 lain. 14hb lepas br mnjalani assesment pertuturan sebab dia punya speech development delay .Kalau kanak-kanak sebayanya dah boleh buat three words sentence,dia pula hanya boleh two words sentences je dan dia xboleh nk bertanya lagi..kalau dia nak something dia just tunjuk kalau dia xtahu nak sebut,dari segi understanding plak dia ok xde masalah paham arahan dan kenal objek. Pernah  dapat tahu dari google ,kawan2, dan saudara mara pengalaman mereka yang kanak2 normal pun ada yang xleh bercakap seumur 3 tahun sedikit sebanyak membuatkan saya rasa lega sikit tapiii masih perlu usaha tolong dia.

Beberapa bulan lepas berhasrat nak hantar dia ke taska supaya dia boleh bersosial dengan harapan dia cepat  bercakap tapi fikir2 mcm xperlu lagi masa tu atas beberapa sebab.Lagipun kat rumah sy ade masa untuk ajar dia. Skrg bila dah nak start kerja pening pula nak plan yang terbaik untuk perkembangan dia nanti.


Didoakan muaz terus membesar dgn sihat walafiat dan jd anak  baik:)

Saturday, January 21, 2012

Hadiah Allah..

Setiap kali ingin menulis saya rasa mesti terfikir inilah ayat pertama yg terlintas di benak sy,ayat yang nak menyatakan saya dah lama tak menulis dan saya tak tahu kenapa hari ini jari jemari ni asyik terasa nk menekan keyboard..mungkin ada sesuatu yang besar berlaku dalam kehidupan yang mampu memecahkan kekeluan saya..

Betul,memang ada suatu yang teringin saya kongsi,walaupun saya rasa tak ramai yang 'aware' adanya post baru di blog yang boleh saya katakan dah lapuk ni.:)mungkin perkongsian ini tak memberi makna yang besar pon pada pembaca tapi siapa tahu mungkin entry ni akan dibaca oleh anak- anak saya kelak.Semoga mereka sentiasa menjadi insan yang bersyukur.

Alhamdulillah Allahuakbar..setinggi -tinggi kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi,Allah yang memberi nikmat dan rahmat pada hamba-hambaNya kerana sy dikhabarkan dengan berita yang cukup menggembirakan,Muaz Firdausi sudah pandai melangkah..bagai ingin melompat bila membaca status facebook suami pada suatu hari...Perkembangan yang saya tunggu-tunggu dalam kerisauan.Harapan yang tak pernah lupa untuk saya mohon dr Allah.Mungkin kerisauan yang teramat ini tidak dialami oleh ibu-ibu yang anaknya lahir secara normal, mungkin juga kerisauan tidak sehebat ini jika saya mampu untuk berada bersama mereka,bersama2 melalui detik2 perkembangannya.

Sejak dari kecil semua perkembangan Muaz normal mengikut ' corrected age' kecuali lambat berjalan.Komplikasi daripada kelahiran tidak matang setakat ini memang tidak ada yang serius kecuali dia kerap mendapat common cold and lelah. Teringat satu email dari seorang doktor kanak2 yg diberi kepada suami saya,katanya kamu harus bersyukur sangat-sangat kerana Muaz tidak ada komplikasi yang serius sebagaimana bayi lahir sebaya dengannya,satu keajaiban,begitulah lebih kurang kata-katanya. Imbasan kenangan lalu cukup buat dada saya sesak ..

Apa yang dirisaukan?

Semasa Muaz datang melawat saya di Prague ,umurnya setahun enam bulan dan dia hanya mampu melangkah jika dipimpin, dua minggu selepas berada di Prague ,dia berjaya bangun sendiri tanpa bantuan..Pernah saya bisikkan padanya"Muaz,you only have 2 month to start walking..you can do it sayang"..air mata saya menitis kerana itulah harapan saya sejak umurnya mencecah setahun lagi.Dan sekarang umurnya sudah setahun tujuh bulan.Jika Muaz tak berjalan selepas waktu yang sepatutnya, mungkin dia akan ada masalah nanti,macam-macam yang bermain dibenak saya, perlu dpatkan nasihat doktor untuk buat physiotherapy dan sebagainya ,tidak mahu bertambah lagi bebanan si ibu yang sudah bersusah payah mnjaga anak,sedangkan saya di sini berperang di medan akhir sebagai pelajar.

Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui..

Sungguh ..inilah tarbiyah untuk diri saya , Allah itulah sebaik2 Penjaga.Haruslah saya bulatkn kebergantungan saya pdNya. Walaupun seberat mana pun kesusahan ,kerisauan mohonlah hanya padaNya,mengadulah hanya padaNYA..

Saturday, May 07, 2011

Selamat Hari Ibu.!!




Assalamualaikum wbt...

Tahun ini merupakan tahun yang istimewa kerana tahun ini saya juga bergelar seorang ibu semasa sambutan Hari Ibu. Memang tak dinafikan yang setiap masa pun kita perlu hargai seorang insan ynag bernama ibu tapi dengan adanya hari ini mungkin semua akan lebih menghargai insan istimewa yang melahirkan mereka, dan ibu2 juga akan rasa lebih dihargai dan gembira walaupun mereka bukanlah mengharapkan balasan atas kasih sayang yang mereka curahkan.. Specialnya kedudukan ibu sebagaimana dinyatakan dalam hadis nabi s.a.w:

Abu Hurairah ra berkata:Seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu.” (HR Bukhari)

Selamat Hari Ibu dan salam sayang kepada ibu saya Zaimah Mahmod yang berada di Kampung Kok Lanas .

Dan ibu2 mertua saya Wan Rana Wan Hamat dan Wan Mek Wan Hamat yang berada di Kampung Tunjong..

Jasa ibu tak kan saya lupa sampai bila2 dan semoga Allah sentiasa melindunginya dan memberinya kebaikan di dunia dan di akhirat dan sentiasa diingati dalam doa2 setiap anaknya.Tidak terhitung segala pengorbanan dia .Semoga semua itu sentiasa menjadi pedoman dan pembakar semangat untuk saya dan adik beradik lain utk berjiwa besar sepertinya..Terima Kasih Ma.=D


Friday, February 25, 2011

Bahagia dimana2..




Definisi bahagia

Semua org tak mahu derita, semuanya mahu bahagia,mahu yang baik-baik dan indah-indah sahaja berlaku pada diri mereka setiap masa dan di mana-mana sahaja mereka berada.

Bahagia dalam diri seseorang bergantung kepada apakah definisi bahagia pada mereka. Ada orang masih tak bahagia walaupun memiliki harta yang tidak habis-habis dibelanjakan,rumah yg cantik dan selesa, makanan yg cukup dan sebagainya,sering resah gelisah dan bermuram durja. Ada orang yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang namun selalu tersenyum,tenang dan gembira. Namun masih ramai yg menyangka kebahagiaan itu datangnya dari faktor kekayaan, kecantikan,dan segala macam lagi kenikmatan hidup di dunia .

Hakikat bahagia

Namun apakah pula hakikat bahagia? Terkadang saya tertanya apa itu erti bahagia yg sebenar?Erti bahagia dari kaca mata orang beriman. Teringat akan satu hadis yg berbunyi:

“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Adakah org yg hidupnya sering ditimpa dgn musibah dan ujian kehidupan itu tidak bahagia? Silapla anggapan kita jika berfikiran negatif begitu.Pada hakikatnya,memang ajaib sifat seorang mukmin itu,sungguh aneh apabila ujian kesusahan itu di mata org lain suatu beban tapi bagi org mukmin ujian itu adalah satu tanda kasih-Nya,perhatian dan tunjuk ajar dari Sang Pencipta kerana kadangkala ujian sajalah yang menjadikan seseorang itu kembali kepada-Nya.

Sikap positif seorang yang beriman adalah satu anugerah dari Allah istimewa untuk mereka yang bersangka baik denganNya,menerima setiap yang datang dariNya dengan hati yang lapang.Orang mukmin yg mengharapkan redha Allah semata2 jiwanya tidak lemah jika disapa ujian kehidupan kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara yg kekal hanyalah kehidupan di akhirat dan mereka meyakini bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kehidupan hambaNya.

Yakin dgn aturanNYA..

Yakinlah bahawa jika Allah yang uruskan urusan kita ..mengaturkan kehidupan utk kita..apa yg org ramai sangka kekalahan,kita akan melihat ianya satu kejayaan, satu keuntungan..

Bagi mukmin cukuplah Allah bg mereka ( 3:173) .mereka tidak gentar berhadapan dengan apa jua keadaan kerana mereka ada Allah sebaik-baik Pelindung.Dialah sebaik2nya tempat diserahkn segala urusan, diadukan setiap masalah,tempat memohon pertolongan .

Bersyukurlah..

Bersyukurlah kerana kita sudah memperoleh nikmat yg besar,yaitu nikmat Islam dan Iman.Kita sering lupa akan nikmat ini kan?

' Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari ( nikmat Allah ) ' 14:34

Ternyata,apa yg Allah kurniakn pd kita lbh drp harapan kita..besarnya nikmat yg kita ada sekarang.


Maka, bersabarlah wahai orang yg diberi ujian, sesungguhnya setelah kesusahan itu akan datang kesenangan. fahamilah hakikat bahagia .janganlah bersedih krn Allah sentiasa bersama kita (9:40).Mari melihat dunia ini dari dimensi akhirat...:)


~ummu muaz~

Friday, February 11, 2011

terima kasih ibu..T_T

Kedengaran tangisan si anak kelaparan..seperti biasa si ibu bergegas mmbuat susu tidak mahu anaknya menangis lama2..sayang,sayang sgt si anak. Saat mmberi susu ialah saat yg indah interaksi antara anak dan ibu..saat itulah, harapan dan doa seorang ibu biasanya dibisikkan utk anaknya, saat ketika menatap wajah kecil yang tidak tahu apa2 itu, soo innocent..ibarat kain putih ,putih bersih yg prlu dicorakkn..bagaimana coraknya kelak? ya, kami yg perlu mencorakkannya..

Allah..mataku tiba2 bergenang...aku cuba sorokkn wajahku itu drp kelihatan oleh ibu yg dtg kelibatnya dr dapur tapi lebih pantas dia boleh mntafsir bahasa wajahku lalu dtg mndekati..

'xpe..jangan risau..semuanya ok kalau dlm jagaan ma' katanya.
'ma jaga mcm anak ma sendiri' sambungnya lagi...

tak panjang,cuma dua ayat, tetapi dua ayat inilah yg sampai sekarang ini masih terngiang2 di telingaku...kata2 ikhlas dr seorang ibu yg sangat memahami..kata2 yg mnjawab segala resah dlm hati.kata2 yg mnjanjikan ketenangan setiap kali diingati..genangan air mata makin melimpah sehingga tidak mampu di tampung lagi..akhirnya tertitis mengalir juga ke pipi..

semoga Allah melindungi dan merahmati ibu saya, Zaimah binti Mahmod.

Saturday, November 20, 2010

runtunan hati ibu

bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah..masih ada lagi rasa untuk saya mengupdate blog yg dh lama tak aktif ni. timbul satu rasa yang tidak menyenangkan diri utk berkongsi apa2 cerita mengenai diri,tapi saya teringatkan pesanan suami yang menggalakkan sy menulis jika saya rasa ingin berkongsi masalah,katanya saya akan rasa lega setelah meluahkan sbb dia tiada di sisi untuk mendengar setiap keluhan dan masalah sy.Mungkin tak ramai tapi saya menyedari bhw ade sebilangan sahabat2 yg sering singgah ke blog sy. Concern saya pada mereka mmberi motivasi utk sy mgupdate blog ini.

Minggu lps adalah minggu yg sgt mencabar jiwa seorang ibu apabila mengetahui anaknya tidak sihat di saat dia berada jauh dan tidak mampu utk membantu anaknya.Mendengar cerita dan berita dari keluarga di Malaysia mengenai Muaz cukup meruntun jiwa keibuan sy ..Allah,sungguh hy seorang ibu memahami perasaan sy..

Muaz mengalami selsema dan batuk ,suami bergegas ke klinik dan muaz diberi ubat selsema dan batuk. sy berasa tidak senang dgn tindakan doktor yg mmberi ubat yg byk side effect kpd bayi yg berusia bwh dua tahun dan menasihatkan suami utk berhenti mmberikan ubat tersebut kpd muaz .semakin hari semakin teruk sehingga dia ada masalh untuk minum susu . Suami sy mmbuat keputusan utk berjumpa pakar dan setelah dibuat pemeriksaan doktor mmberitahu muaz mungkin terkena acute bronchiolitis . Dia kemudian ditahan di ward,diberi oxygen supply untuk mengembalikan tahap oxygen dalam darahnya yg kurang serta diberi infusion krn dehydration di hospital pakar perdana . Doktor mengesahkan muaz menghidap acute bronchiolitis dan setelah dibuat xray disahkan tiada pneumonia.

Acute bronchiolitis mungkin biasa pada bayi full term tapi ianya lebih teruk jika berlaku pada bayi pramatang krn mereka lebih sensitif dan lebih cenderung utk mndapat penyakit berjangkit. itulah yg mmbuatkan sy tidak tenang selagi muaz tidak keluar dari hospital.bimbang jika ada komplikasi2 yg akn timbul.

Sy ingin berterima kasih kpd suami yg byk menolong saya dlm menjga anak yang sepatutnya mnjadi tanggungjawab saya,pada keluarga mentua dan keluarga sy sendiri yg byk menenangkan hati saya ketika sy tidak merasa tenang untuk menghadapi saat2 itu. Allah sahaja mengetahui perasaan rindu dan cinta seorang ibu pd anaknya.

Terima kasih juga pd sahabat2 yg concern dan bertanya serta mendoakan sy dan anak. Sungguh doa dan motivasi dari sahabat2 sedikit sebanyak mmberi kekuatan dlm sy mnghadapi ujian hidup berjauhan dgn mereka yg tersayang.:)

zilla d insyiroh

mujahadah

kumelangkah ke satu haluan
ukir jalan menuju cahaya
dikala aku dipersimpangan
Dia beri aku pedoman

diketuk hati yg leka
utk masuk ke daerah bahagia
tika hati yg lara
hiburnya dgn manisnya ukhuwwah

diam yg lama
disaat diri lemah diuji
lusuhkan warna -warna jihad
kerdilnya diriku dlm medan yg besar

teguh jiwa dgn harapan
pada janji yg tak dimungkiri
ini hanya pada jiwa itu
jiwa yg sabar tika diuji...




Friday, June 11, 2010

Do we know our Lord?


Ama Zilna

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord�s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord�s blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him… or have we forgotten..
that His servants… we are

My heart is Allah�s, My soul is Allah�s
My wealth is Allah�s